BREAKING NEWS

Wednesday, 3 January 2018

AGM pertama PPBM tidak ikut perlembagaan

Amerus-Che-OnnPUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) digesa membuat siasatan terperinci terhadap mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabtu lalu kerana didakwa tidak mengikut perlembagaan parti.
Ketua Bahagian PPBM Temerloh Amerus Che Onn yang membuat dakwaan itu berkata AGM dilihat “syok sendiri” kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
“Pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Pemuda) dan Srikandi juga tidak diadakan.
“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak JPPM membuat siastan terperinci berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di JPPM hari ini.Sabtu lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam selepas diberikan amaran oleh JPPM.
Amerus berkata AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.
“Matlamat sebenar penubuhan PPBM sudah tidak wujud kerana kepimpinan tertinggi hanya memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti tidak diselesaikan,’ katanya.
Sehubungan itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.
Sebelum ini, JPPM memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan 3 kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.