BREAKING NEWS

Thursday, 4 January 2018

Barisan Nasional Bakal Bentangkan Manifesto Terbaik Untuk Rakyat

TR 001.JPG
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan dijadikan manifesto Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14), merupakan manifesto terbaik untuk rakyat.
"Banyak sebab mengapa saya tidak mahu beritahu apa gambaran manifesto kita, tetapi insya-Allah apabila tiba masanya, manifesto kitalah yang kita akan jadikan yang terbaik.
"Ia akan menentukan keutamaan kita dalam memperjuangkan nasib rakyat untuk lima tahun akan datang."
 26543154_10155285827546947_570791888_o.jpg
Menegaskan bahawa beliau bersama timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan parti komponen BN berazam untuk melakukan yang terbaik buat rakyat dan negara, manifesto yang bakal dibentangkan merupakan yang terbaik dalam mengutamakan nasib rakyat.
Tambahan beliau, BN tidak hanya berjanji akan tetapi turut melaksanakan manifesto seperti pada PRU13, yang telah hampir dilaksanakan sepenuhnya.
“ BN mempunyai pemimpin yang memahami isi hati rakyat dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang sekadar ingin membalas dendam dan memperjuangkan kepentingan peribadi.
“Kita ada agenda yang jauh lebih baik untuk rakyat dan negara, tidak pasti belah sana apa agenda.
“Kita (BN) mempunyai persefahaman yang jitu tetapi belah sana (pembangkang) marriage of convenience (kerjasama untuk mencapai tujuan peribadi) dan kita consistent, tetapi belah sana 'consistently inconsistent'.”
Dengan laungan Hidup Barisan! Hidup Barisan! Hidup Barisan! bergema di Pusat Dagangan Dunia Putra, BN tampak bersedia membuka langkah menghadapi cabaran lebih-lebih lagi menjelang PRU14 yang akan diumumkan waktunya kelak.
 
Copyright © 2014 PenangKini.