BREAKING NEWS

Wednesday, 24 January 2018

Cheng Guan terima ugutan bunuh



BUKIT MERTAJAM 24 Jan. - Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) petang semalam.

Menurut Cheng Guan beliau menerima SMS itu daripada nombor yang tidak dikenali kira-kira pukul 3 petang dengan kata-kata “cakap banyak kau mati”.

“Saya percaya SMS ini dihantar untuk menakut-nakutkan saya sebab saya terlalu lantang mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang namun yang penting saya tak gentar.

“Cuma saya buat laporan polis agar pihak polis dapat siasat perkara ini dan mahu jaminan keselamatan kepada keluarga saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Mertajam di sini.

Jelasnya, sebagai anak jati Pulau Pinang beliau berhak bersuara sekiranya ada kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti sebelum ini isu Pasukan Peronda Sukarela dan terbaharu skandal terowong dasar laut. - UTUSAN ONLINE



 
Copyright © 2014 PenangKini.