BREAKING NEWS

Tuesday, 23 January 2018

CUKAI DAP di Pulau Pinang Punca Kos Sara Hidup Naik


Walaupun sejak 2008, purata pendapatan isirumah di Pulau Pinang sudah jauh ditinggal oleh Kuala Lumpur dan Johor, harga hartanah di Pulau Pinang masih semahal atau lebih mahal dari dua-dua tempat lain itu.
Mengapa Pekara ini Berlaku ?
Peningkatan caj-caj pembangunan dan sumbangan-sumbangan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri sejak DAP ambil alih tahun 2008 ini menyebabkan peningkatan minima sebanyak RM120 setiap kaki persegi kepada kos pembinaan rumah-rumah di Pulau Pinang.

Caj RM120 psf ini boleh disifatkan sebagai Cukai DAP.

Rakyat yang membeli unit yang seluas 1,000 kaki persegi akan menghadapi kos lebihan sekurang-kurangnya RM120,000 seunit.

Jikalau kos RM120,000 ini ditambahkan kepada pinjaman rumah 30 tahun dengan kadar bunga 5% setahun, ini bersamaan dengan ansuran lebihan RM 671.03 sebulan yang membebankan setiap pembeli setiap bulan.

Bila pinjaman 30 tahun ini siap dibayar, jumlah kos bunga di atas kos lebihan RM120,000 ialah RM116,569.73

Ini adalah punca sebenar peningkatan harga rumah di Pulau Pinang yang terus menerus dinafikan oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang. Ini juga adalah cukai tersembunyi yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas pembeli-pembeli rumah di Pulau Pinang.

Tiada orang meniaga yang berniaga untuk rugi. Begitu jugalah pemaju-pemaju perumahan. Mereka akan memindahkan beban itu kepada pembeli-pembeli rumah juga. Maka berlakulah kenaikan harga-harga rumah.

Peningkatan harga rumah akan menyebabkan kadar sewa rumah dan premis perniagaan juga meningkat dan menyumbang kepada peningkatan kos hidup seharian rakyat Pulau Pinang. Peniaga-peniaga tentu akan menaikkan harga barangan dan servis mereka untuk menampung kos sewa yang lebih tinggi.

Pihak yang untung dari semua peningkatan ini adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mengutip cukai tersembunyi di sebalik peningkatan caj-caj pembangunan; juga peningkatan hasil kepada PBT melalui cukai taksiran...

Bila harga rumah mahal, rakyat Pulau Pinang rugi....tapi Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang tetap dapat untung.

Terima Kasih kepada Cukai DAP.


 
Copyright © 2014 PenangKini.