BREAKING NEWS

Monday, 29 January 2018

Dakwa Islam Pecah Belahkan Masyarakat, Netizen Berang Dengan Marina

KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial dilaporkan semakin berang dengan sikap pemimpin Sister in Islam (SIS), Datin Paduka Marina Mahathir yang dikatakan sering mempersoal tentang agama Islam.

Majoriti daripada netizen menyatakan mereka berasa pelik dengan sikap aktivis liberal tersebut yang disifatkan sebagai kurang sensitif apabila berbicara tentang isu berkaitan agama Islam.

Marina, yang juga merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa, negara Malaysia hanya akan maju sekiranya bersikap liberal dan menuduh Islamisasi hanya akan merosakkan negara.

Malah, menurut laporan media tempatan, Malaysia juga berada di ambang kemerosotan sekiranya meneruskan agenda Islamisasi yang bukan hanya memecahbelahkan masyarakat, tetapi menyuburkan keganasan.

Justeru, beberapa kecaman serta kritikan diterima beliau oleh netizen yang rata – rata marah dan tidak bersetuju dengan pandangan liberal Marina.

“Marina Mahathir, kamu tak payah keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati. Jagalah rumahtangga kamu. Biarkan Tun M sahaja yang terlibat dalam politik,” tulis Zulfakar Mohd Derus.

“Apa kata, dia mati nanti jangan ada sesiapa orang Islam mandi, kapan, solat, dan kebumikan dia. Biar agama lain buatkan semua untuk dia,” tulis Ikhwan Abd Kahar.

Selain itu Singa Malaya berkata, Marina perlu kembali ke pangkal jalan dengan sikap dan perbuatannya selama ini yang menidakkan kebenaran Islam.

“Kamu mengunakan kemajuan Yahudi. Para saintis menyatakan bahawasanya al-Quran mendahului apa yang mereka perbuat. Hal ehwal duniawi Allah telah menyatakan kesemuanya. Berkemungkinan besar kamu tidak memahami yang tersurat apatah lagi yang tersirat.

“Kamu adalah satu-satunya wanita yang amat malang. Sungguh amat memilukan. Akhir kata sesat dihujung jalan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.

“Bagus kau nak maju.. tapi kalau taknak guna cara Allah, jangan kau guna otak kau, badan kau, hati kau, pulangkan dulu segala yang Allah punya.. selepas itu silakan kerana kau terlalu maju daripada Allah,” sindir Nick Kamil.

Terdahulu, Marina pada Khamis lalu mendakwa tindakan seorang lelaki menampar seorang wanita Muslim yang tular baru – baru ini kerana tidak memakai tudung di khalayak ramai, sebagai Islamisasi tidak positif atau sihat untuk negara.

Menyentuh mengenai buku Illusion of Democracy, Marina berkata, penerbitan itu memberikan ‘dukungan empirikal’ terhadap pendiriannya mengenai Islamisasi di Malaysia kerana “ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas.”



Malah, Marina menganggap kecaman terhadap ucap selamat kepada orang yang berlainan agama, membuktikan Islamisasi tidak hanya memecahbelahkan masyarakat, tetapi turut membawa kepada keganasan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.