BREAKING NEWS

Tuesday, 2 January 2018

Dr Mahathir Cuba Guling Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk menyiasat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mahu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun mendakwa kenyataan dan tindakan Tun Mahathir selama ini mampu menggugat keamanan negara malah niat beliau itu amat merbahaya.

Beliau mendakwa Tun Mahathir sendiri mengakui mempunyai niat untuk menggulingkan Perdana Menteri.

Usaha ini ujarnya dilakukan oleh tokoh veteran itu semata-mata dengan niat untuk menjadikan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi siang tadi.

Bukti berbentuk dokumen, laporan dan kenyataan Tun Mahathir juga turut diserahkan kepada pihak polis.

Sementara itu diminta mengulas mengenai kenyataan Tun Mahathir yang menggelarkan bekas ahli Parti Pribumi sebagai sampah, beliau menyifatkan insiden itu menyerlahkan sikap sebenar diktator pengerusi parti itu.


 
Copyright © 2014 PenangKini.