BREAKING NEWS

Wednesday, 3 January 2018

Giliran Wan Azizah Serang PAS


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata pujian perdana menteri terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sebagai membalas serangan PAS terhadap Pakatan Harapan (PH), termasuk dalam cadangan melantik perdana menteri sementara sekiranya menang.

“Sebab itu dia ada puji-pujian,” kata presiden PKR itu merujuk Datuk Seri Najib Razak, kepada pemberita di Istana Kehakiman.

Najib dalam perutusan tahun 2018 baru-baru ini menyelar pembangkang kerana tidak menjalankan tugas sebagai pembangkang.

Sebaliknya, beliau berkata PAS di bawah Hadi menunjukkan contoh politik yang baik untuk negara

“Inilah politik lebih matang yang membina negara kita, bukan cuba merobohkannya; ia membantu menyatukan kita, bukan memecahkan kita; dan ia menumpukan kepada apa yang kita ada bersama, dan bukannya menjadikan kepelbagaian kita sebaga suatu kelemahan – bagi kerajaan, kepelbagaian kita adalah kekuatan kita, dan kita tidak akan berhenti mempertahankannya,” kata Najib.


Wan Azizah turut mempersoalkan kritikan PAS terhadap cadangan PH melantik perdana menteri sementara jika menang.

“Jadi PAS hendak mengekalkan perdana menteri sekarang,” kata Wan Azizah.

“Nampak gaya mereka cenderung BN lah,” tambahnya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sebarang cadangan melantik perdana menteri sementara oleh PH adalah tidak berpelembagaan.

Ia di sebalik spekulasi PH mahu menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan itu berjaya pada pilihan raya umum akan datang. FMT
 
Copyright © 2014 PenangKini.