BREAKING NEWS

Thursday, 25 January 2018

Hanya Di Pulau Pinang… Hebatnya Kerajaan Dap Boleh Jual ‘Tanah’ Yang Masih Laut


KUALA LUMPUR, 25 Jan – Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo mendesak agar kerajaan negeri Pulau Pinang menjawab persoalan adakah kerajaan negeri pimpinan Dap telah menetapkan satu undang-undang tanah yang baru di mana membenarkan transaksi tanah dibuat tanpa geran tanah dan membenarkan kontraktor menjual tanah kepada syarikat lain tanpa geran tanah.
Desakan ini dibuat berikutan Zenith-BUCG menjual ‘tanah’ yang masih laut kepada Ewein Sdn Bhd. bagi pembinaan projek kondominium mewah.
“Satupun kerja pembinaan belum dimulakan jadi bagaimana Kerajaan Negeri boleh membenarkan Zenith menjual ‘tanah’ seluas 50 ekar. Tanah tersebut adalah sebahagian daripada 110 ekar tanah tambakan laut yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk membayar kos pembinaan projek pembiaan terowong dasar laut dan tiga jalan utama.
“50 ekar tanah tersebut masih dalam proses penambahan, tiada geranpun lagi. Jadi, saya amat hairan bagaimana tanah yang belum siap ditambak boleh dijual,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Jason, adakah perlu transaksi ini dibuat secara tergesa-gesa ataupun sebenarnya terdapat agenda yang cuba disembunyikan oleh kerajaan negeri.
Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan bahawa kerajaan negeri membenarkan penjualan tanah tersebut tetapi bukti menunjukkan kehadiran Guan Eng dalam majlis menandatangani proses penjualan tersebut.
“Jika Guan Eng menafikan kerajaan negeri bersetuju jadi kehadirannya itu untuk apa? Adakah sebagai pasu bunga yang mahu menghias pentas?
“Alasan apa lagi yang mahu Guan Eng berikan.
“Oleh itu saya amat berharap agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akan menyiasat perkara ini sehingga ke agar umbi dan membawa kebenaran untuk rakyat,” ujarnya. 
 
Copyright © 2014 PenangKini.