BREAKING NEWS

Friday, 26 January 2018

Hishamuddin Rais mengesahkan Mahathir hanya BARUA oleh Pakatan Harapan



Alahai sampai ketahap ini mereka pandang Mahathir, hanya menjadi Barua dalam Pakatan Harapan bukannya True Leader.

Begitu hinanya Mahathir di mata mereka, tetapi bagi aku memang padanlah Mahathir di pandang sebegitu, sebab orang pengkhianat pada parti UMNO yang telah jadikan dia PM selama 22 tahun.

Kepada penyokong2 dan para pantaksub Mahathir rasa tidak terhina ke korang dengan kenyataan Hishamuddin Rais ni, ke korang terpaksa juga terima penghinaan ini sebab di Baruakan juga..??

Nak tak nak kenalah terima, betul tak..?? Kalau tak terima takut2 PPBM kena terajang daripada Pakatan Harapan.

DIBAWAH INI KENYATAAN HISHAMUDDIN RAIS YANG MENGESAHKAN MAHATHIR HANYA DI PERGUNAKAN DALAM ERTI KATA LAIN DI BARUAKAN OLEH PAKATAN HARAPAN.

Aktivis terkenal PKR, Hishamuddin Rais dalam satu artikelnya semalam secara terbuka mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya dipergunakan oleh pembangkang.
Bekas perdana menteri yang berusia 92 tahun itu dan dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan sebenarnya dieksploitasi pembangkang demi mendapatkan sokongan orang Melayu di kawasan kampung dan Felda.

Artikel beliau itu dipercayai ditujukan kepada penyokong PKR yang bantah Mahathir menjadi calon Perdana Menteri dengan menyebut langkah tersebut merupakan strategi pernah digunakan oleh komunis satu ketika dahulu.

Ini termasuk “Mengepung Kota Dari Desa” bagi menjadikan China sebuah negara republik hingga hari ini.

“Dalam politik Malaysia kunci perubahan ialah Melayu. Tanpa Melayu sampai kiamat pun Malaysia tidak akan berubah. Justeru Pakatan Harapan wajib mendapatkan sokongan undi baharu dari Melayu.

“Justeru saya mengajukan pandangan dari awal lagi agar Mahathir dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri. Ini dalam usaha untuk mendapatkan sokongan penambahan peratusan undi Melayu,” kata Hishamuddin dalam artikel yang disiarkan oleh portal berita propembangkang.

Pakatan Harapan diketuai oleh DAP dan anggota partinya adalah PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan parti baru Mahathir iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Mahathir keluar UMNO dua tahun lalu gara-gara kecewa kepentingan peribadi dan kroni-kroninya tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hishamuddin memberi contoh bagaimana Mahathir dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk memancing undi Melayu berdasarkan pengalaman beliau berceramah di Felda Tersang bersama pemimpin DAP awal tahun lalu.

Kata beliau, cuma 17 tetamu hadir majlis tersebut, namun kini beribu orang Melayu Felda menghadiri setiap ceramah DAP kerana ada Mahathir dalam ceramah tersebut yang meminta mereka menyokong pembangkang.

Justeru, beliau menggesa seluruh penyokong Pakatan Harapan terutama PKR supaya menerima hakikat bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dicanang-canang calon Perdana Menteri pembangkang berada dalam penjara.

Bagaimanapun, beliau meminta semua penyokong pembangkang jangan khuatir kerana Mahathir sudah berusia 93 tahun dan hanya dapat menjadi Perdana Menteri untuk tempoh yang sekejap.

Beliau turut mengingatkan penyokong Pakatan Harapan bahawa jenayah Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun termasuk rasuah, beri projek pada kroni, mengarahkan Operasi Lalang dan menangkap para reformis bukan kesalahan yang besar. – Mynewshub.cc
 
Copyright © 2014 PenangKini.