BREAKING NEWS

Tuesday, 16 January 2018

Isu Terowong dasar Laut Pulau Pinang, Itulah Kerajaan Kleptokrasi



1. Isu terowong dasar laut Pulau Pinang semakin panas. Beza antara Lim Guan Eng dengan FELDA ialah, FELDA tidak menyembunyikan fakta apabila ia tersiar di muka hadapan Berita Harian. Bahkan TS Shahril Samad dan team Pengurusan baru mengakui berlaku penipuan dan berjanji akan mendapatkan semula Tanah FELDA di Jalan Semarak yang sudah ditukar milik. Langkah telah diambil iaitu laporan Polis dan kayveat registrar terhadap tanah tersebut.

2. Lain pula ceritanya di Pulau Pinang. Lim Guan Eng cuba menutupnya bahkan mendesak supaya disiasat bagaimana media mendapat maklumat mengenai penyiasatan SPRM. Apa yang mahu dirahsiakan ?

3. RM305 Juta untuk bayaran Kajian impak dan reka bentuk jalan adalah terlalu mahal. Masalahnya berlaku percanggahan antara Ketua Menteri dan Exco Kerajaan Negeri mengenai pembayaran awal RM208 Juta. Lim Guan Eng kata belum bayar tetapi Lim Hock Seng (Exco) kata sudah dibayar.

4. Sekarang SPRM perlu siasat bagaimana proses tender dilaksanakan. Apatah lagi apabila syarikat pereka fesyen (VOIR) terlibat dalam syarikat pelaksana iaitu Special Purpose Vehicle (PSV). Kos kajian impak juga meragukan kerana didakwa lebih mahal daripada kos cadangan JKR. Tun M, yang memoersoalkan penjualan tanah di TRX untuk rasionalisasi 1MDB patut persoal Lim Guan Eng kerana melakukan “land swaps” ke atas dua keping tanah “prime” untuk membayar kos kajian impak itu.

5. Justeru, SPRM perlu siasat segera kes ini. Patutlah NGO NGO terutamanya NGO alam sekitar dianggap musuh oleh Lim Guan Eng.

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO. 15.1.18.
 
Copyright © 2014 PenangKini.