BREAKING NEWS

Monday, 29 January 2018

Jumpa Duta Negara EU, Tun M Tidak Hormat Peranan SPR



KUALA LUMPUR – Perbuatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang dilaporkan mengadakan pertemuan dengan 16 duta negara Kesatuan Eropah (EU) kelmarin disifatkan sebagai tidak menghormati peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan proses demokrasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata pada masa sama, tindakan duta-duta EU tersebut bertemu dengan parti pembangkang juga disifatkan tidak adil terhadap kerajaan selain mengundang campur tangan asing dalam urusan politik dalaman negara apabila beliau.

“Duta negara asing yang ditempatkan bertugas di sesebuah negara merupakan wakil rasmi kerajaan yang dihantar kepada kerajaan di negara yang mene­rima justeru, mereka sewajar­nya berurusan dan menghormati kerajaan di mana mereka ditauliahkan.

“Dalam suasana negara berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), wakil asing sewajarnya membuat kunjungan hormat kepada SPR jika ingin memahami perkara berkaitan urusan pilihan raya di negara ini,” katanya ketika dipetik media tempatan.

Beliau mengulas tindakan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP, Dr. Mahathir mengadakan perjumpa­an dengan 16 duta negara EU kelmarin bagi menggesa mereka supaya memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan PRU-14 secara bersih dan adil,

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), wakil kedutaan asing diatur Wisma Put­ra mendapatkan taklimat dan penjelasan SPR tentang proses serta sistem urusan pilihan raya di Malaysia.

“Jika mereka tidak faham tentang proses dan sistem pilihan raya di Malaysia, maka mereka terjerumus membuat persepsi yang tidak tepat serta turut terpengaruh dengan fitnah dan dakyah politik yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya.



Beliau juga bimbang situasi itu akan menyebabkan duta-duta asing akan membuat laporan berdasarkan penilaian dan tanggapan yang tidak tepat terhadap kerajaan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.