BREAKING NEWS

Monday, 22 January 2018

KANTOI..!! Kerajaan DAP Bohong Lagi ! CRCC SPV & Skandal Terowong


Pada 4 Mac 2013, Buletin Mutiara portal rasmi Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menyiarkan kenyataan akhbar tentang projek mega terowong bawah tanah Pulau Pinang.
Di antaranya, Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd dimaklumkan sebagai sebuah Special Purpose Vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-
1. Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing.

2. Beijing Urban Construction Group (BUCG) 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta.

3. Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta.

4. Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.

Dilaporkan bahawa keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta.
Surat niat atau “letter of intent” dikeluarkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd pada 6 Februari 2013 dan kesemua pemilik saham secara berasingan juga menandatangani surat penerimaan.
Yang terbaru, bukan sahaja CRCC dan BUCG tidak ada lagi dalam consortium SPV itu, syarikat CRCC Malaysia MENAFIKAN menjadi pemaju atau pemegang saham dalam SPV tersebut.
Pengurus Besarnya Sun Ming memberitahu portal berita laksou.combahawa CRCC Malaysia hanya bertanggungjawab untuk pembinaan projek itu.
"Kami tidak mengambil bahagian (dalam sebarang perkara selain pembinaan). Kami hanya bertanggungjawab terhadap pembinaan tetapi sehingga kini (projek) belum bermula," katanya.
Ada 2 perkara yang kita perlu tahu:

1. Kerajaan DAP berbohong tentang penglibatan CRCC di dalam consortium SPV.

2. Total modal berbayar bagi konsortium (tanpa CRCC dan BUCG) adalah kurang daripada kriteria kerajaan DAP negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta.

Sehingga ke saat ini, kerajaan DAP negeri gagal untuk menjawab 2 perkara ini.
Kita menjangkakan regim DAP dan sekutunya akan zip mulut atau divert isu ini kepada isu lain supaya rakyat terlupa dan tidak membicarakan permasalahan yang sangat besar tentang skandal billion ringgit wang rakyat ini.


 
Copyright © 2014 PenangKini.