BREAKING NEWS

Monday, 1 January 2018

Mahathir Belum Insaf - Khairuddin At-Takiri



Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin At-Takiri hari ini menyifatkan Dr Mahathir hanya mengitar semula segala tuduhan dan fitnah terhadap PAS selama beliau menjadi Perdana Menteri.

Orang lama (Dr Mahathir) ini belum pernah insaf.

Sasarannya ialah Amanat Hj Hadi. Menurutnya, amanat itu adalah respon semasa terhadap pemikiran pemimpin negara seperti Mahathir ketika itu yang menganggap politik suku, agama suku sedangkan ia bercanggah dengan prinsip Islam.

Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik. Amanat itu menggariskan sempadan iman dan kufur. Bukan tugas pendakwah mengkafirkan individu muslim tetapi kewajipan pendakwah menjelaskan sebab yang boleh membawa kepada kekufuran.

Tragedi Memali adalah kezaliman pemerintah ketika itu yang Dr Mahathir adalah terajunya ketika itu. Ustaz Ibrahim Libya dan orang-orang yang bersama beliau mempertahankan diri kerana diserang dengan senjata oleh pihak berkuasa tanpa alasan yang munasabah.

"Malang sekali Dr Mahathir masih lagi cuba menutup bangkai gajah kesalahan beliau dengan daun nyiru".
 
Copyright © 2014 PenangKini.