BREAKING NEWS

Sunday, 14 January 2018

Mahathir sentiasa konsisten tidak konsisten - Zahid Hamidi

BAGAN DATUK 13 Jan. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ahli politik yang ‘konsisten tidak konsisten’ dalam kenyataannya apabila mendakwa dipaksa menjadi Perdana Menteri sementara oleh Pakatan Harapan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanya membuat kenyataan beliau dipaksa setelah timbul komen-komen negatif terhadap pemilihan sebagai Perdana Menteri sementara.


“Saya amat menghargai Tun Mahathir kerana secara konsisten tidak konsisten. Beliau ‘consistently inconsistent.

“Apabila pengumuman dibuat bahawa kononnya Pakatan Harapan telah menamakan beliau sebagai Perdana Menteri sementara, hari ini apabila ada komen-komen yang sebaliknya terhadap penerimaan pencalonan beliau, maka beliau kata dipaksa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup program Multaqa Permuafakatan Pegawai Masjid dan Guru Kafa Daerah Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Mahathir kelmarin yang tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi beliau dipaksa.- UTUSAN
 
Copyright © 2014 PenangKini.