BREAKING NEWS

Tuesday, 9 January 2018

Mampukah PPBM menjaga Melayu di Pulau Pinang - Azman Haj



PPBM telah berhasrat untuk bertanding di 10 kerusi DUN Pulau Pinang, bermakna semuanya kerusi majoriti Melayu la. Keseluruhan kerusi majoriti Melayu adalah 14 dan semuanya ditandingi oleh UMNO.

Jika PPBM ambil 10 maka bakinya 4 akan dibahagikan kepada PAN dan PKR. Pastinga PAN akan ambil kerusi PAS iaitu Penaga (atau Sg Acheh) dan Permatang Pasir, PKR akan kekal bertanding di Bertam dan Penanti.

Selebihnya akan ditandingi oleh PPBM dan pastinya PAS juga akan meletakan calon mereka terutamanya di 11 kerusi tradisi mereka seperti Pinang Tunggal, Penaga, Sg Dua, Pmtg Berangan, Penanti, Permatang Pasir, Sungai Acheh, Sungai Bakap, Batu Maung, Bayan Lepas dan Pulau Betong.

Bermakna 10 kerusi Melayu akan menyaksikan pertembungan antara UMNO, PAS dan PPBM, dan 2 kerusi antara UMNO, PAS dan PAN dan 2 kerusi antara UMNO, PKR dan PAS.

Ini akan menyaksikan jika PH menang dan jika PPBM menang semua maka mereka akan menguasai majoriti Melayu yang serupa dengan UMNO sekarang disamping 4 kerusi dari PAN dan PKR.

Jumlah kerusi DUN Penang adalah 40, maka ditolak 14 tinggal 26 yang akan di tandingi oleh DAP dan PKR. Ini membuatkan DAP kekal berkuasa penuh disamping Lim Guan Eng sendiri yang akan menentukan siapa calon PKR yang akan bertanding di Pulau Pinang, terutamanya di 7 kawasan yang majoriti Cina. DAP

Susuannya: DAP 19, PKR 9, PPBM 10 dan PAN 2. Sudah semestinga PKR dan PAN akan 100% wala kepada DAP, maka kerusi DAP adalah 30 dan PPBM (Melayu) hanya 10. Dengan pencaturan bijak oleh Lim Guan Eng dan DAP, mereka akan bertambah berkuasa untuk menjual Penang sesuka hati mereka.

Ketika itu adakah PPBM akan mempertahankan Hak orang Melayu seperti mana yang diperjuangkan oleh UMNO kini????

Wallahualam
Azman Haj

#EdisiPRU14Penang
 
Copyright © 2014 PenangKini.