BREAKING NEWS

Monday, 8 January 2018

Pakatan Harapan: Pembangkang Paling Teruk Di Dunia!


Konvensyen Pakatan Harapan semalam telah membuktikan kepada dunia bahawa Pakatan Pembangkang di Malaysia merupakan pembangkang yang paling teruk di dunia.

Sejak tertubuhnya parti pembangkang utama sekitar 60-70 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa tiada seorang pun pemimpin daripada parti-parti ini layak untuk menerajui pembangkang dan dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia daripada blok pembangkang.

Begitu juga dengan PKR, PAN dan PPBM yang merupakan serpihan daripada parti besar di negara ini yang turut tidak dapat menampilkan calon untuk memimpin negara ini yang lahir daripada kilang mereka sendiri.

Yang mereka tampilkan sebagai 'harapan' mereka adalah individu yang lahir daripada kilang UMNO iaitu Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Selama mana parti-parti ini tertubuh dan menjadi pembangkang di negara ini adakah mereka tidak dapat menampilkan seorang calon yang lahir daripada kilang mereka sendiri sebagai calon Perdana Menteri sendiri.

Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa Barisan Nasional dan UMNO sahaja yang melahirkan pemimpin yang layak menjadi calon Perdana Menteri dan bukannya parti pembangkang yang lain!

Sikap dan sifat hipokrit Pakatan Harapan juga terbukti apabila meletakkan Tun Mahathir; individu yang mereka kecam selama mana beliau bersama UMNO sebagai pemimpin paling korup di Malaysia dan mengamalkan pemerintahan secara diktator sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Di mana pegangan DAP dan PKR selama mana sebelum ini meletakkan asas perjuangan mereka untuk menentang Barisan Nasional dan UMNO kerana kebencian mereka terhadap sifat, sikap dan perilaku Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia ke-4 selama 22 tahun?

Perlu diingatkan berulang kali bahawa asas perjuangan PKR adalah menentang kezaliman Tun Mahathir kerana kononnya beliau telah menganiaya Anwar Ibrahim dengan memfitnah, mengasari dan memenjarakan Anwar Ibrahim sekitar era reformasi dahulu.

PKR itu sendiri ditubuhkan kerana menentang Tun Mahathir.

Dan kini, isteri kepada individu yang 'dibogelkan' oleh Tun Mahathir, kini boleh berdakapan dan berkongsi meja demi mendapatkan keuntungan politik masing-masing.

Dengan berlakunya dakapan seperti ini, secara jelas PKR sudah tidak releven lagi untuk menjadi sebuah parti politik yang terus menerus memperjuangkan keadilan kerana ketika ini, mereka sendiri sanggup mengenepikan keadilan mereka demi mendapatkan kuasa politik untuk memerintah negara.

Begitu juga dengan DAP terutamanya pemimpin de-facto mereka iaitu Lim Kit Siang yang selama ini konsisten menentang Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan korupsi, salah laku, dan menindas hak asasi manusia.

Lim Kit Siang sendiri yang mengepalai beberapa tuntutan terhadap salah laku Tun Mahathir terutamanya mengenai insiden Mamali, Kes Forex, Perwaja Steel, PKFZ dan pelbagai lagi salah laku Tun Mahathir yang terkenal.

Dengan keputusan Pakatan Harapan menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri daripada blok pembangkang sekaligus telah membuktikan bahawa Pakatan Harapan merupakan parti pembangkang yang paling teruk di dalam sejarah Malaysia dan barangkali di dunia!

Hipokrit, tiada integriti dan tidak mempunyai prinsip perjuangan merupakan sifat terbaik untuk menggambarkan Pakatan Harapan ketika ini.

Nukilan: Bekas Pejuang Reformasi 1998


SUMBER 
 
Copyright © 2014 PenangKini.