BREAKING NEWS

Thursday, 25 January 2018

Pemuda BN Pulau Pinang hantar surat kepada Konsulat China

PULAU PINANG 25 Jan. - Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri hari ini menyerahkan surat rasmi kepada pejabat Konsulat Jeneral China berhubung kes terowong dasar laut yang mencetuskan kontroversi di negeri ini.

Ketua Pemuda BN negeri, H’ng Chee Wei berkata, surat berkenaan meminta pejabat berkenaan menghubungi wakil China Railway Construction Corporation(CRCC) yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan.

Ujarnya, syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan pembinaan projek itu perlu memberi penjelasan terhadap beberapa isu yang membelenggu projek terowong dan tiga lebuh raya berkenaan yang memakan belanja RM6.3 bilion.- UTUSAN ONLINE




 
Copyright © 2014 PenangKini.