BREAKING NEWS

Thursday, 18 January 2018

PM Najib Razak ajak rakyat sertai kempen Bangkitlah Negaraku

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Malaysia supaya memahami maksud Bangkitlah Negaraku, kempen yang bertujuan untuk menjadikan rakyat negara ini sebahagian daripada gerakan nasional ke arah membentuk Malaysia yang lebih besar.
Dalam blognya, NajibRazak.com malam ini, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak kira kaum, bahasa atau agama, mereka dijalinkan melalui cinta kepada negara Malaysia.
"Bangkitlah Negaraku adalah mengenai peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama bangkit dan berjuang ke arah sebuah negara yang lebih baik.
"Bangkitlah Negaraku menjemput anda menjadi antara yang pertama untuk mendapatkan informasi terkini dan jemputan ke acara terpilih bersama saya," katanya.
Katanya, dalam era maklumat digital yang boleh dicapai secara mudah dan cepat, beliau menyeru agar anda memainkan peranan dan menjadi seorang warga negara yang bertanggungjawab.
"Selepas mendaftar, anda juga akan menerima barangan eksklusif Bangkitlah Negaraku. Sertai saya dalam perjalanan ke arah sebuah negara yang lebih hebat, Malaysia yang lebih unggul. Bangkitlah Negaraku!," katanya.
Untuk menyertai Bangkitlah Negaraku, maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.najibrazak.com/bm/bangkitlah-negaraku/ - TV14




 
Copyright © 2014 PenangKini.