BREAKING NEWS

Monday, 22 January 2018

Quran Kitab Cetak Rompak - Pemimpin Himpunan BERSIH

Kuala Lumpur: Clement Chin, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak, dengan 70% isi kandungannya dicedok daripada cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam itu sendiri.

Tuduhan tidak bertanggungjawab itu merupakan antara sebahagian daripada kenyataan beliau yang mengandungi sentimen-sentimen negatif terhadap Islam yang kerap beliau hasilkan menerusi aplikasi media sosialnya, facebook. Clement Chin berkata, “Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70% cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru.”


Beliau yang pernah terlibat dalam aktiviti untuk mengedarkan kitab-kitab Bible dalam laci hotel-hotel sewaktu berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan ini juga menuduh kitab suci umat Islam tersebut telah diubah berkali-kali dalam tempoh ratusan tahun ini hanya untuk menjadikannya bermelodi dan mudah bagi dihafal. Dakwa Clement Chin, “Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran?”



“Al-Quran telah banyak kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-berkurun ini bagi menjadikannya “bermelodi” dan mudah untuk dihafal.” 

Meskipun Clement Chin sendiri telah berulang kali memperjuangkan hak penganut Kristian di Malaysia untuk bebas seperti umat Islam untuk menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka, beliau menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan — yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Mekah.

 Tegas beliau, “Agama Kristian telah wujud di Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jadi sekiranya Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu bahawa nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah “Yasu” dan dia patut tahu nama sebenar Tuhan ialah “Yahwah” dalam Hebrew dan ilah dalam bahasa Arab dan Elah dalam Aramaik kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah menggelarkan Tuhan mereka sebagai Allah.”

 “Perkataan Allah datang daripada asal pagan masyarakat Mekah dimana ayah Muhammad “Abd-Allah” merupakan seorang penyembah berhala yang tegar.”

Clement Chin yang pernah mengumumkan bahawa Himpunan Hijau adalah sebagai sebahagian daripada BERSIH itu juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal sebagai tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.

 Beliau berkata, “Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi “lebih tinggi”. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh “bulan”? Perhatikan dengan dekat kepada masjid-masjid di seluruh dunia, dan kamu tentu akan dapat menjumpai simbol Hubal, bulan sabit, diletakkan di bahagian yang paling tinggi di masjid.”

 “Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk menyembah Hubal. Namun, yang menariknya, melalui Islam, doa pagan musuh Muhammad, Abu Sufyan telah dimakbulkan, “O Hubal, meninggilah”.” 

Aktivis Kristian ini juga menuduh negara-negara Islam sebagai bermasalah kerana tidak memberi hak untuk mengkritik agama Islam, kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad. Clement Chin mendakwa, “Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara Muslim hari ini adalah kegagalan untuk menguruskan hak asasi manusia, kerana Islam tidak mengiktiraf hak sama rata bagi kaum wanita, minoriti dan hak untuk kebebasan beragama, atau hak untuk mengkritik Islam, Quran, atau Muhammad.”

 “Di mana Islam berkuasa, hak asasi manusia akan disekat atas nama ideologi agama.”

MENARA<< Selanjutnya
 
Copyright © 2014 PenangKini.