BREAKING NEWS

Friday, 26 January 2018

Sudah Sampai Masanya SPRM Wajib Siasat Lorong Basikal Di Pulau Pinang Pula





Bukan Terowong Dasar Laut saja yang mencurigakan, malah projek laluan lorang basikal di Pulau Pinang juga amat mencurigakan sekali. Wajarlah #SPRM siasat Laluan Lorong Basikal ini sepertimana siasat Terowong Dasar Laut juga.

Inikah rupa laluan lorong basikal Pulau Pinang yang berharga RM30 Juta , hanya menggunakan Cat hijau yang tiada kualiti dan paling melucukan kerana lorong basikal itu berkongsi dengan laluan pejalan kaki dan perhentian bas.

Kalau dilihatkan laluan basikal berkenaan hanya menggunakan cat biasa yang mustahil menelan belanja sehingga jutaan ringgit untuk setiap kilometer. Kalau dibina jalan baru sekalipun, jumlahnya pasti tidak akan menelan belanja sebanyak itu. Mungkin inilah projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telus, bersih dan bebas dari rasuah dan penyelewengan.

#SPRM sila siasat projek ini, yang amat curiga sekali, dengan bentuk projek yang cincai dan tidak teratur tetapi harga boleh mencecah perpuluh juta ringgit. Berkemungkinan ada makan besar dan rasuah di situ.











 
Copyright © 2014 PenangKini.