BREAKING NEWS

Thursday, 18 January 2018

Syarikat Gergasi China Tarik Diri, Pilih Syarikat Fesyen… Ada Yang Tidak Kena Projek Terowong Dap


PULAU BETONG, 18 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Sr. Muhamad Farid Saad berkata, jika dua syarikat pembinaan gergasi China boleh tarik diri dari projek pembinaan terowong dasar laut , maka ini jelas terbukti ada yang tidak kena dengan projek tersebut.
Jelas beliau, penarikan diri Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan China Railway Construction Company (CRSS) telah menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang ‘terpaksa’ mengambil syarikat fesyen tempatan, Voir Holdings Bhd bagi meneruskan projek pembinaan ini.
“Apa yang menjadi pertikaian kini adalah, pengalaman syarikat fesyen tersebut. Benar… mungkin syarikat fesyen itu mempunyai dana yang cukup bagi meneruskan projek ini tapi dana saja tidak memadai kerana apa yang penting adalah pengalaman bagi melaksanakan projek mega ini.
“Jika syarikat yang mempunyai kredibiliti dan pengalaman yang banyak pun boleh tarik diri, sudah pasti ada yang tidak kena dalam isu ini… mungkin syarikat China tersebut sudah hilang kepercayaan kepada sikap kerajaan negeri sendiri.
“Bayangkan, syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam pembinaan projek mega di peringkat antarabangsa, tarik diri…. diganti dengan syarikat fesyen yang langsung tiada pengalaman dan kelayakan. Adakah Lim Guan Eng rasa pembinaan terowong dasar laut ini ibarat main masak-masak?” 
 
Copyright © 2014 PenangKini.