BREAKING NEWS

Tuesday, 16 January 2018

Terowong: Guan Eng perlu teladani FELDA


Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang cuba menyembunyikan sesuatu dalam menangani isu penyelewengan terowong dasar laut.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, ia jauh berbeza dengan pendekatan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu kehilangan tanah milik FELDA di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad tenang menangani isu berkenaan berbanding Guan Eng yang jelas kepanasan berdepan isu terowong dasar laut.
Mohd Puad berkata, FELDA tidak menyembunyikan fakta apabila isu berkenaan tersiar di muka hadapan BH, bahkan Shahrir dan Kumpulan Pengurusan baharu mengakui wujud penipuan dan berjanji akan mendapatkan semula tanah FELDA di Jalan Semarak yang sudah ditukar milik.
“Lain pula ceritanya di Pulau Pinang. Guan Eng cuba menutupnya bahkan mendesak supaya disiasat bagaimana media mendapat maklumat mengenai penyiasatan SPRM. Apa yang mahu dirahsiakan?
“RM305 juta untuk bayaran Kajian impak dan reka bentuk jalan adalah terlalu mahal. Masalahnya berlaku percanggahan antara Ketua Menteri dan Exco Kerajaan Negeri mengenai pembayaran awal RM208 Juta. Guan Eng kata belum bayar tetapi Lim Hock Seng (Exco) kata sudah dibayar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Mohd Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), berkata SPRM perlu menyiasat bagaimana proses tender dilaksanakan.
Apatah lagi apabila syarikat pereka fesyen (VOIR) terlibat dalam syarikat pelaksana iaitu Special Purpose Vehicle (PSV).
“Kos kajian impak juga meragukan kerana didakwa lebih mahal daripada kos cadangan JKR.
Oleh itu katanya, jika Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penjualan tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bagi tujuan rasionalisasi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tindakan sama juga perlu diajukan kepada Guan Eng kerana melakukan ‘land swaps’ ke atas dua keping tanah ’prime’ untuk membayar kos kajian impak itu.
Justeru katanya, SPRM perlu siasat segera kes berkenaan dan kerajaan Pulau Pinang tidak perlu bertangguh untuk membuat penjelasan terbuka mengenainya.



 
Copyright © 2014 PenangKini.