BREAKING NEWS

Tuesday, 16 January 2018

#TerowongDasarLautPulauPinang Syarikat Fesyen Dalam Konsortium Pembinaan Dipersoal


Kewujudan syarikat fesyen menjadi pemegang terbesar dalam konsortium membina terowong dasar laut dan tiga lebuh raya terus dipersoal.
Ia sekaligus menjadi kontroversi baharu yang terpalit bagi projek mega bernilai RM6.3 bilion oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.

Baru-baru ini, syarikat fesyen tempatan, Voir Holdings Berhad didakwa membeli saham 13 peratus% dalam Konsortium Zenith Construction Sendirian Berhad yang diberikan tender projek berkenaan.
Langkah itu dipersoal pelbagai pihak, kerana kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini menjamin kelangsungan projek itu, dengan penyertaan dua syarikat pembinaan gergasi dari China dalam Konsortium terbabit, pada tahun 2013.
Namun selepas lima tahun, pembabitan kedua-dua syarikat itu digugurkan, sebaliknya syarikat fesyen pula menjadi pemegang saham terbesar.
Langkah itu dipertahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menjelaskan Voir Holdings hanya pelabur, dan bukannya kontraktor projek.

Pengguguran syarikat lama dan penyertaan syarikat baharu yang tiada dalam perjanjian asal amat meragukan.

Justeru itu, beliau menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi ruang untuk melakukan siasatan agar menjawab segala persoalan dan merungkai pertikaian yang dibangkitkan pelbagai pihak terhadap projek berkenaan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.