BREAKING NEWS

Tuesday, 2 January 2018

The Malaysian Insight sebar fitnah lagi



Meskinpun telah ditegur beberapa kali namun portal propembangkang. the Malaysian Insight masih tidak serik menyiarkan laopran berunsur fitnah yang menjejaskan imej barisan kepimpinan Negara sehingga memberi mesej salah kepada rakyat.

Terbaru,portal propembangkang itu menyiarkan berita UMNO tiada masalah terima permohonan maaf Dr, Mahathir yang didakwa telah salah lapor kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Program Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra Berhad di Pusat Khidmat Dewan Negeri (DUN) Kawasan Tambun Tulang di Arau, Perlis semalam.

Shahidan menerusi laman Facebook beliau melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan The Malaysian Insight selain mendakwa apa yang dilaporkan berhubung permohonan maaf bekas Perdana Menteri itu atas kesilapan lalu dalam karier politiknya adalah tidak benar.

"Semalam pemberita tanya soalan di majlis penyampaian pakaian sekolah : Apa pandangan Datuk berhubungn dengan kenyataan Dr, Mahathir yang minta maaf atas kesalahannya pada masa lepas. Saya menjawab baguslah Dr. Mahathir minta maaf.Maka sokonglah Barisan Nasional (BN) dan janganlah berlebih kata menghentam Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak.

"The Malaysian Insight keluarkan kenyataan yang saya kata UMNO maafkan Dr. Mahathir . Portal itu berbohong kerana saya bukan setiausaha Agung untuk cakap bagi pihak UMNO.saya hanya boleh bercakap bagi UMNO Perlis Sahaja,"katanya dalam status yang dimuat naik di akun Facebook hari ini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.