BREAKING NEWS

Thursday, 4 January 2018

TheRakyat.com Perangi Berita Palsu

26609911_10155285827561947_1215323060_o.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ‘theRakyat’ yang merupakan portal rasmi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Menyifatkan portal tersebut sebagai wadah terbaik untuk Kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung dengan rakyat, portal tersebut mempunyai kepentingan dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat kepada rakyat.
“Kita mulakan langkah yang signifikan untuk tangkis berita palsu yang disebarkan menerusi media sosial.
“Ia akan bersifat interaktif dan rakyat boleh beri pandangan, pendapat, idea malah boleh tulis artikel untuk dimasukkan dalam portal ini.”
Menyingkap kembali ketika BN menjadi mangsa sebaran maklumat palsu, Najib turut berkata bahawa ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada BN.
Portal theRakyat.com mempunyai sejumlah tujuh segmen utama merangkumi wawancara, majalah, analisis, ‘e-rakyat’, maklumat grafik, rakaman video dan manifesto BN (yang akan dibentangkan kelak), di samping penyampaian maklumat yang lebih dinamik dan menarik mengadaptasi teknologi terkini. 
 
Copyright © 2014 PenangKini.