BREAKING NEWS

Friday, 12 January 2018

Tidak Perlu Ugut Kerajaan - Zahid Hamidi

PUTRAJAYA 11 Jan. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, persatuan dan pemandu teksi tidak perlu membuat ugutan kepada kerajaan berhubung isu-isu berkaitan golongan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri ber­kata, dua menteri yang bertanggungjawab menjaga pengangkutan akan bertemu persatuan teksi bagi menyelesaikan sebarang isu yang membelenggu mereka.


“Saya akan minta Menteri Pe­ngangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri bertemu persatuan dan pemandu teksi.

“Oleh itu, tidak perlu membuat ugutan. Kita tidak akan pernah takut terhadap sebarang ugutan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian bagi me­ngulas dakwaan pemandu teksi akan berpaling kepada pembangkang pada pilihan raya umun akan datang jika kerajaan tidak menyelesaikan isu berkaitan teksi.

Golongan itu mendakwa mereka dianaktirikan berbanding pemandu Uber dan Grabcar.

UTUSAN
 
Copyright © 2014 PenangKini.