BREAKING NEWS

Wednesday, 17 January 2018

Tindakan Shafie Apdal hina anggota RELA biadap dan kurang ajar - Datuk Huan Cheng Guan


1. Saya merujuk kepada satu klip video dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang telah mempersoalkan kredibiliti, keupayaan, serta peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

2. Memetik kata - kata Shafie Apdal:

"RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik". Katanya sambil mempertawakan RELA."

3. Secara peribadi, kenyataan Shafie Apdal yang dilakukan di khalayak umum merupakan satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar. Ini kerana beliau langsung tidak menghormati pengorbanan dan usaha yang diambil rela dalam menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat di Esszone.

4. Lebih mengejutkan, kenyataan beliau bahawa RELA konon-nya tidak tahu menggunakan senjata api juga adalah tidak tepat dan merupakan satu fitnah yang jahat. Anggota RELA yang ditugaskan di Esszone telah melalui kursus asas RELA dan kursus khas penugasan Esszone yang dikendalikan oleh pihak PDRM, ATM dan ESSCOM.

5. Ini secara langsung telah meningkatkan keupayaan anggota RELA sebagai barisan kedua dalam menjaga keselamatan di sempadan negeri ini daripada diceroboh oleh anasir luar. Akhir sekali, saya ingin menggesa Shafie Apdal untuk memohon maaf kepada hampir 3.5 juta orang anggota RELA kerana tindakan kurang ajar dan biadap beliau dalam menghina mereka walhal mereka mengorbankan masa dan tenaga dalam mempertahankan tanahair yang tercita ini.

Datuk Huan Cheng Guan.
Timbalan Komisioner Rela Kehormat.
 
Copyright © 2014 PenangKini.