BREAKING NEWS

Friday, 12 January 2018

"Tun M Ibarat Kereta Usang" - Patrick Ooi

“Takkan kita nak balik kereta yang dah tua nak dekat rosak atau kena buang itu? Selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri, beliau sudah dapat banyak kutukan daripada DAP."

Datuk Patrick Ooi selaku presiden Penang Front Party (PFP) menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kereta usang yang tidak diperlukan lagi.


Foto: BH Online

Sinar Harian melaporkan, Patrick juga berkata, mantan perdana menteri (PM) itu tidak sesuai dipilih semula sebagai PM baru selain dikhuatiri memberi impak negatif kepada Pakatan Harapan.

“Sebenarnya ini adalah satu berita baik untuk PFP kerana kita takut (Menteri Besar Selangor) Datuk Seri Azmin Ali akan diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

“Kita takut sebab mereka ambil satu tenaga baru yang muda. Beliau pernah mentadbir Selangor dengan begitu baik dan banyak pembangunan di Selangor,” katanya.

Tambahnya, berbeza dengan Tun M yang sudah seperti sebuah kereta usang dan kerap mengalami kerosakan.


Foto: IG Tun M

“Beliau dikatakan perasuah terbesar, orang jahat, menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk memenuhi kehendak sendiri dan menggunakan status Bumiputera untuk mengayakan anak-anak serta kroni-kroninya,” katanya.

Patrick juga mempersoalkan pencalonan Tun M sebagai calon PM.

"Menjadi persoalan apabila orang yang dianggap jahat itu pula dipilih sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan.

“Kita rasa ada sesuatu yang tidak betul dan satu kekecohan sedang berlaku apabila DAP juga hanya menerima jumlah kerusi yang sedikit untuk dipertandingkan pada PRU14,” katanya. - CARI
 
Copyright © 2014 PenangKini.