BREAKING NEWS

Monday, 29 January 2018

Undang-undang baharu kekang berita palsu - Najib Razak

KOTA BHARU 28 Jan. - Kerajaan akan mengkaji satu undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, undang-undang baharu tersebut bukan beertinya kerajaan akan mengawal sepenuhnya internet.


“Berita palsu merupakan satu ancaman kestabilan politik dan ketenteraman awam. Rakyat boleh merusuh dan membenci disebabkan tindakan seperti ini.

“Kita tidak mahu berita palsu tersebar luas tetapi  bukan beerti kita akan kawal internet, sebagai contoh dulu ketika (Pilihan Raya Umum ke-13) mereka kata ada 40,000 pengundi Bangladesh tetapi sampai sekarang tidak ada bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perdana Menteri bersama kakitangan awam di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Yahya Mamat. - UTUSAN ONLINE




 
Copyright © 2014 PenangKini.