BREAKING NEWS

Wednesday, 28 February 2018

I have been vindicated. So has MACC - Datuk Huan Cheng Guan





Yesterday's news report that a person had received RM19 million cash in a failed attempt to stop the MACC investigations shows there is possible wrong-doing in this project.

Over the past 3 years, I have received unfair criticisms and brickbats from Pakatan supporters who accuse me of unfairly targeting the DAP Penang state government over the mega Penang Tunnel project.

I was even sued for defamation over this and also receive death threats .

These people were unhappy when I had made multiple MACC reports over this project.

Today, I can tell these people that I have been vindicated.

MACC is also vindicated as this also prove that their investigations into this project has merit and basis - and not a political persecution as claimed by DAP and the Penang Govt leadership.

My suspicions and my findings about this dubious project that involved at least RM6.34 billion of the Penang people's money are now proven to be not unfounded.

I call upon MACC to continue and speed up their investigations including at the highest level of the state government and political leaders to determine if there is abuse of power and corruption.

Let the truth be known.

Let the public know that those who cry corruption often are also those who are most likely to be guilty of corruption themselves.

Thank you to SPRM  for carrying out your duties without fear and favour.

Lastly i would also like to thanks the media and public for all the support during the difficult period.

Huan Cheng Guan
Deputy President
Parti Cinta Malaysia

28 Feb 2108

Masa Depan TN50 Di Tangan Anak Muda


Sejak kebelakangan ini dan untuk minggu-minggu mendatang, dada akhbar dan media sosial bakal didominasi oleh cerita pilihan raya. Parti-parti politik kini berusaha keras dalam usaha untuk memenangi hati dan minda pengundi sebelum mereka memilih siapa yang mampu memberikan mereka kehidupan terbaik untuk hari ini. Inilah lumrah politik dan demokrasi - pilihan raya akan datang ini akan menentukan masa depan Malaysia untuk lima tahun akan datang.

Namun sebagai seorang bapa, perkara yang lebih penting bagi saya adalah masa depan yang akan diwariskan kepada anak-anak saya nanti. Amat mudah untuk kita hanyut dalam memikirkan isu dan keadaan hari ini namun sebagai manusia, naluri semula jadi sentiasa menginginkan anak dan cucu kita mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan kita hari ini. Inilah yang mendorong dan membakar semangat saya sepanjang perjalanan Transformasi Nasional 2050 (TN50) tahun lepas.

Secara jujurnya, semasa YAB Perdana Menteri memberi mandat memulakan TN50 dengan segmen belia, saya tidak pasti apa yang akan berlaku. Ramai yang cukup skeptik - ada yang mengatakan Generasi Y ini terlalu bersifat individualistik serta sibuk "selfie" maka tidak akan ambil peduli tentang masa depan masyarakat. Ada juga yang persoalkan mengapa kita melihat jauh 30 tahun ke hadapan - begitu jauh, tatkala masih ada cabaran pada hari ini yang masih perlu didepani.

Namun selepas setahun perjalanan TN50 ini, sebuah eksperimen wacana baharu yang bermula di Universiti Malaya kini menjadi gerakan massa belia Malaysia - daripada Belia, untuk Belia. Hampir dua juta rakyat didekati melalui pelbagai platform dengan lebih 60,000 aspirasi unik diterima melalui dialog, perbincangan kecil dan kumpulan fokus serta media sosial. Persoalan yang dilontarkan cukup mudah - apakah aspirasi anda untuk Malaysia di tahun 2050? Dan satu demi satu aspirasi disuarakan yang akhirnya membina sebuah Kanvas Belia sebagai dokumen impian anak muda untuk TN50.

Namun angka-angka ini sahaja tidak memadai untuk menggambarkan semangat yang ditunjukkan oleh belia untuk membina masa depan negara. Ketika saya menjelajah ke seluruh pelosok tanah air untuk dialog TN50, saya melihat bagaimana anak-anak muda Malaysia cukup bersemangat untuk berdebat dan melontarkan aspirasi-aspirasi yang cukup berkualiti. Ribuan daripada mereka menzahirkan cita-cita 2050 mereka - baik daripada aspek pendidikan berkualiti kepada identiti kebangsaan dan pembangunan yang saksama - baik di bandar mahupun di luar bandar. Mereka yang hadir ke sesi-sesi perbincangan kecil juga berdebat dengan fakta secara berhemah - mencerminkan rakyat muda Malaysia yang beraspirasi untuk menjadi masyarakat dengan mentaliti kelas pertama. Melalui media sosial, ramai daripada mereka yang memberi sumbangan idea dan aspirasi untuk masa depan kita semua - tanpa menghiraukan budaya negatif dan "bashing" yang mendominasi garis masa kita kebelakangan ini.

Namun mereka bukan hanya berbual kosong sahaja. Saya juga berkesempatan berjumpa dengan Ganesh Muren dan Nadhirah Rifai yang menggunakan masa muda mereka untuk membantu anak muda di luar bandar mempunyai akses kepada teknologi dan persekitaran yang lebih baik. Firdaus Ali yang baru berusia 17 tahun dan masih belajar, datang jauh dari jauh untuk memastikan generasi belia dipelihara - beliau cukup bersungguh-sunguh ingin memastikan TN50 mengambil kira kemahiran insaniah dan digital yang terkini demi menjamin pekerjaan di masa hadapan. June Yap, Faisal Ariff dan Dzameer Dzulkifli kini menjadi perintis kepada industri penjagaan awal kanak-kanak, sistem imigresen baru dan pendidikan.

Ini hanyalah beberapa contoh anak muda Malaysia yang memilih untuk melakukan sesuatu yang positif untuk Malaysia - banyak lagi anak muda dengan semangat sebegini yang saya temui semasa proses TN50 ini. Mereke menidakkan persepsi masyarakat kepada belia Malaysia - persepsi di mana anak muda hanya pandai mengkritik dan mementingkan diri sendiri sahaja. Mereka membuktikan bahawa anak muda Malaysia bersedia melaksanakan perubahan yang mereka inginkan.

Itulah pengakhiran perjalanan TN50 saya secara peribadi - setahun yang penuh bermakna dan semuanya kerana semangat dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh anak muda Malaysia, dalam menyatakan aspirasi mereka, yang saya lihat dan dengar sendiri. Setelah setahun, anak muda Malaysia akan menyerahkan aspirasi TN50 kolektif mereka malam ini sekaligus melambangkan permulaan sebuah perjalanan baharu yang cukup menarik untuk kita semua.

Masa depan sudah tiba, masa depan bermula hari ini dan ia milik semua anak muda Malaysia - mereka sudah bersedia untuk memimpin kita menempuh apa jua rintangan menuju ke tahun 2050. Dan melihatkan semangat dan kesungguhan anak muda kita kini, saya yakin, masa depan kita akan lebih baik dari hari ini - bahawa TN50 bukan hanya aspirasi tetapi bakal menjadi realiti.

Saya lahir sebagai generasi Wawasan 2020 - sebuah visi yang direka kerajaan dengan sasaran makroekonomi berpaksikan Malaysia berpendapatan tinggi - sama seperti ibu dan ayah saya yang membesar dalam era Dasar Ekonomi Baharu yang bertujuan untuk membina Malaysia yang lebih saksama.

Bermula esok, anak-anak saya akan mempunyai visi kolektif mereka sendiri. TN50 - sebuah visi nasional oleh anak muda yang membawa Malaysia ke hadapan sambil memastikan tiada siapa yang akan ketinggalan. Kesinambungan inilah yang telah membawa Malaysia melangkah jauh selama ini - apa jua yang melanda, Malaysia terus melangkah ke hadapan, mendepani apa jua cabaran. Dan Malaysia akan melangkah dan terus melangkah - dengan satu mata tertacap hari ini dan satu lagi tertacap nun jauh hadapan.

Oleh Khairy Jamaluddin
28 Februari 2018

Balik Pulau terus membangun bersama BN

BN Fahami Kehendak Kaum India - Najib Razak

Kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu memahami kehendak masyarakat India, terutama membabitkan soal sekolah dan kuil, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, BN adalah sebuah parti yang mementingkan dua keperluan itu hinggakan di Negeri Sembilan, kuil digazetkan sebagai tempat yang tidak boleh dirobohkan.

"Baru-baru ini, ketika lawatan kerja saya di Langkawi, masyarakat India mengadu orang yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun membiarkan kuil diroboh.

"Di negeri ini (Negeri Sembilan), bukan saja sekolah, malah kuil turut dijaga. Saya memuji usaha Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang adil dalam pentadbiran dan ia selaras kehendak BN di peringkat pusat.

" Kita menjaga keperluan semua kaum, termasuk masyarakat India. Selepas ini, saya akan melancarkan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) buat masyarakat India bagi kategori B40," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bukit Bertam di Bandar Sri Sendayan, semalam.

Yang turut hadir, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramanian; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Spekear Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, Datuk Dr Awaluddin Said.

Pengerusi BN itu berkata, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan menepati falsafah BN, yang mengamalkan konsep berkongsi hasil negara, kekayaan, kuasa dan juga tanah.

"BN adalah parti politik yang mendokong dasar inklusif, adil dan progresif bagi melahirkan masyarakat yang sama rata," katanya.

Najib turut memuji pembinaan sekolah itu yang dijalankan Matrix Concepts Holding Berhad, membabitkan kos RM17 juta iaitu RM9 juta untuk pembinaan dan RM8 juta untuk nilai tanah.

"Dapat saya katakan ini adalah SJKT yang tercantik dalam Malaysia. Manakan tidak, tiada sekolah yang ada taman dalam perpustakaan.. tak ada sekolah yang ada auditorium megah seperti sekolah ini.

"Malah, bilik kaunseling di sekolah ini sebenarnya sesuai untuk orang politik," katanya yang menerima tepukan dan gelak tawa daripada kira-kira 3,000 tetamu yang hadir.

Sementara itu, Mohamad berkata, tiga sekolah kebangsaan dibina di Bandar Sri Sendayan, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan (SK).

"Hampir RM30 juta dibelanjakan untuk tiga sekolah yang serba cantik ini. Masyarakat pastinya dapat menilai pentadbiran di negeri ini dan oleh itu, berilah sokongan kepada BN," katanya.

Mohamad turut mengumumkan SJKT Ladang Bukit Bertam akan ditukar sebagai SJKT Bandar Sri Sendayan.

Terdahulu, pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Telok Kemang di Dataran Kompleks Daerah dan Tanah Port Dickson, Najib berkata, BN yakin dapat merampas Parlimen Teluk Kemang daripada PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah, beliau berkata, BN juga yakin mampu menambah sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menang dengan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan.

MCA yakin tiada lagi tsunami Cina pada #PRU14

Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi disifatkan kebanyakan penganalisis politik sebagai pilihan raya paling sengit dan getir pernah diadakan di negara ini.

Hal ini pernah diakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan ia sebagai “ibu segala pilihan raya” yang akan menentukan sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan Putrajaya.

Sokongan kaum Cina sekali lagi menjadi persoalan sama ada mereka terus mahu melakukan “tsunami Cina” atau kembali kepada BN, khususnya kepada MCA serta Gerakan yang selama ini banyak melakukan pembelaan terhadap kaum itu di negara ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diajukan pertanyaan tentang perkara itu, melahirkan keyakinan masyarakat Cina kini sudah “celik” untuk menilai kaca dan permata untuk dijadikan sandaran membela nasib mereka.

“Kita belajar daripada kesilapan dan sedar dengan kelemahan pada PRU lalu. Kehilangan sokongan kaum Cina pada PRU lalu, sedikit sebanyak berpunca daripada masalah dalaman dan luaran MCA sendiri.

“Sebab itu apabila saya mengambil alih kepimpinan pada penghujung 2013, perkara pertama saya lakukan ialah transformasi parti hingga peringkat akar umbi dan perubahan itu penting untuk menarik kembali sokongan rakyat terutamanya pengundi Cina,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.


Liow berkata hasil transformasi dilakukan, perpaduan dalaman MCA kini kembali kukuh dan tiada lagi wujudnya kem tertentu dalam parti itu, yang akhirnya mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada parti.

Beliau berkata perubahan itu juga penting untuk memastikan MCA kembali menjadi parti unggul dalam kalangan masyarakat Cina dan terus dapat bekerjasama dengan parti UMNO dan MIC serta parti komponen lain untuk mentadbir negara.

“Kita nak jelaskan kepada rakya, MCA bukan hanya sekadar penumpang dalam ‘kapal’ BN dan tidak beri sumbangan kepada negara, sebaliknya parti ini juga mempunyai kekuatan tersendiri, menyumbang kepada kejayaan BN,” katanya.

Katanya, untuk memperkukuhkan lagi parti itu, MCA turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan parti seangkatan dengannya pada peringkat antarabangsa seperti dari China, Thailand dan Indonesia, sama seperti hubungan UMNO dan parti Golkar di Indonesia.

Liow berkata hubungan politik itu sedikit sebanyak membantu negara mengeratkan lagi hubungan diplomatik yang sedia terjalin selama ini, khususnya China.

“Inisiatif MCA dalam menandatangani deklarasi program Belt and Road antara Malaysia dan China menarik minat pelabur asing dan membuka peluang perniagaan, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Dalam hal ini MCA menjadi jambatan penghubung antara Malaysia dan negara tembok besar itu, namun ia bukan bermakna kita menjual kedaulatan negara kepada negara itu seperti didakwa pembangkang,” katanya.

Katanya kejayaan menarik adalah lebih ramai pelabur China menanam modal di negara ini, membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara berkembang pada paras 5.9% tahun lalu. antara pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia.

“Kejayaan demi kejayaan inilah menarik balik sokongan masyarakat Cina kepada BN dan hal ini kita pergunakan sebaiknya untuk menjelaskan satu demi satu dasar dilaksanakan oleh kerajaan kerana selama ini ramai kurang maklum tentang perkara itu.

“Kini mereka semakin jelas, kerajaan adalah inklusif dan turut menjaga kepentingan orang Cina, bukan hanya menjaga kepentingan satu kaum sahaja.

“Penglibatan mereka dalam arus pembangunan negara sahaja menyebabkan rasa ‘self of belonging’ dalam kalangan masyarakat Cina semakin kukuh dan kita mampu membawa lebih banyak pembangunan menyebabkan mereka lebih yakin dengan kerajaan pimpinan perdana menteri.

Liow berkata selain itu kerjasama erat dengan Gerakan akan menjadi faktor penting memulihkan kembali kepercayaan masyarakat Cina terhadap BN kerana menerusi hubungan itu, rakyat dapat menilai MCA serius dalam soal perpaduan kaum secara keseluruhannya dan masyarakat Cina khasnya.

“Saya rasa kali ini tiada lagi isu besar menyebabkan ‘tsunami Cina’ seperti dalam PRU13, hasutan pembangkang tentang ketelusan sistem penyampaian kerajaan, rasuah diatasi secara berperingkat.

“Rakyat mulai sedar dan tahu kerajaan mana patut mereka pilih untuk terus mentadbir negara nanti,” katanya.

SPRM tahan ahli perniagaan terima rasuah RM19 juta projek #TerowongDasarLautPulauPinang

Dakwaan Umno akan diharamkan tidak benar, kata Ku Nan


KUALA LUMPUR: Dakwaan Umno akan diharamkan dalam masa terdekat berikutan penangguhan pemilihan parti itu adalah tidak benar dan sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya Umno masih berkuat kuasa di semua peringkat dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya.

“Dakwaan itu sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai khususnya ahli-ahli Umno dan para penyokongnya selain usaha pihak tertentu untuk memburukkan parti,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tengku Adnan turut memaklumkan Pemilihan Umno yang diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

“Ini selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Ini adalah merujuk kepada Seksyen 13 A(4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat,” katanya.

Tengku Adnan berkata penangguhan tersebut adalah bagi memastikan kesempurnaan perjalanan parti selaras Fasal 10.15 Perlembagaan Umno dengan proses pemilihan dalam Umno berjalan lancar dan juga mengambil kira faktor keadaan semasa politik parti khususnya dan negara amnya.

Sehubungan itu, Tengku Adnan menasihatkan orang ramai khususnya anggota Umno agar tidak mudah terpedaya dengan penularan berita berkaitan parti sebaliknya membuat semakan dengan Ibu Pejabat Umno terlebih dahulu.

Tuesday, 27 February 2018

Guan Eng Perlu Beri Penjelasan - Ka Siong


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi didesak supaya menjelaskan sekiranya terdapat penyalahgunaan kuasa atau campur tangan politik dalam penganugerahan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, ini kerana Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. iaitu syarikat bertujuan khas (SPV) yang dilantik menerajui projek bernilai RM6.34 bilion itu telah mengakui tidak memenuhi syarat modal berbayar minimum bernilai RM381 juta.

Sambil menyifatkan kenyataan dikeluarkan SPV berkenaan sebagai ‘paling aneh’, Ka Siong turut mempersoalkan mengapa SPV tersebut tetap dianugerahkan projek itu walaupun jelas tidak memenuhi syarat kelayakan.

“SPV itu juga mengesahkan bahawa China Railway Construction Corporation Malaysia Bhd. (CRCC) hanyalah satu daripada beberapa kontraktor yang dikatakan terlibat dalam membuat laporan kajian kebolehlaksanaan projek bernilai RM305 juta, jelas bercanggah dengan kenyataan Guan Eng bahawa CRCC adalah kontraktor utama.

“Memandangkan SPV telah membuat pengakuan, Guan Eng tidak lagi boleh berlakon kononnya tidak tahu dan tidak menjawab kenyataan serta video saya minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Consortium Zenith Construction dalam satu kenyataan menjelaskan syarikat berkenaan tetap mampu melaksanakan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM305 juta walaupun hanya mempunyai modal berbayar berjumlah RM26.5 juta. – UTUSAN ONLINE

Balut Tengkuk : Drama Pembangkang Untuk Raih Simpati & Tipu Rakyat


Bulan Julai 2011, ketika himpunan Bersih 2 diadakan di Kuala Lumpur, N. Surendran, peguam Anwar Ibrahim mengadu pada Malaysiakini bahawa Anwar berdarah di kepala dan cedera di lutut. Kononnya dikasari semasa berada di KL Central.
Selepas itu, bila masuk wad, Anwar Ibrahim ambil gambar kononnya teruk sangat cederanya. Balut tengkuk sambil pakai baju Bersih atas katil hospital. Kata berdarah di kepala dan lutut, kenapa tengkuk yang kena balut?
Ini bukti jelas, Anwar Ibrahim hanya berbohong semata mata pada waktu itu. Drama sakit tengkuk yang sama ketika dipapah oleh Azmin Ali pada tahun 1998 dulu. Hingga satu video mengkantoikan bahawa Anwar tidak sakit dan sempat lagi menari nari dalam video tersebut.
Kini, lakonan balut tengkuk diguna balik oleh Azmin. Drama yang sama mahu diulang oleh Azmin untuk raih simpati rakyat di Selangor. Isu tanah Ijok bernilai RM1.18 juta masih belum dijawab, datang pula cerita Azmin sakit pinggang.
25 Februari 2018, Teng Chang Kim, Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor ketika majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat Selangor di Petaling Jaya berkata Azmin Ali tidak dapat hadir program tersebut kerana menghadapi masalah 'annular disc tear'.
"Atas nasihat tegas doktor, beliau dikehendaki menjalani rawatan di hospital termasuk prosedur fisioterapi intensif untuk satu tempoh yang secukupnya," kata Teng.
Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong, Azmin cedera ketika sedang membersihkan rumah dan menyusun semula perabot di rumahnya.
Pelik sangat cara kecederaan itu berlaku. Masa sedang buat "projek aiskrim" selama 45 minit dalam tandas boleh pula tidak sakit.
Kata seminggu sakit dan kena jalani rawatan fisioterapi, tiba tiba hari ini Azmin muncul dengan gambar memakai "neck collar". Kata sakit pinggang, kenapa tengkuk yang kena balut? Ini lawak.
Balut tengkuk dan sakit pinggang ini adalah skrip drama pemimpin pembangkang yang diulang ulang untuk raih simpati rakyat sahaja. Mat Sabu pernah tiru drama ini, balut tengkuk dan duduk sekejap atas kerusi roda selepas Bersih 2.
Bagi budak budak berhingus macam Syed Saddiq dan geng geng Armada PPBM mereka mudah terpesona dengan lakonan hebat ini. Mudah hendak kena tipu.
Rakyat Selangor kena tolak lakonan Azmin yang menjijikkan ini. Ketika pakatan pembangkang di Selangor dalam krisis dan bergaduh kerana berebut kerusi. Ketika banyak isu dan skandal dalam kerajaan Selangor dibongkar.
Ketika itulah datang semula lakonan balut tengkuk meminta simpati dari Azmin Ali. Jangan jangan selepas ini, Azmin juga mahu terbang ke Jerman untuk buat rawatan sakit pinggang.
Ini semua wayang sahaja. Sandiwara dan drama pemimpin pembangkang. Jawab dulu skandal tanah Ijok, berhentilah berlakon balut tengkuk.
Tulisan :
Beruang Biru
BB794, Isnin
26 Februari 2018

#PRU14 Orang Muda Pilih Siapa


Seramai lima juta orang muda akan mengundi buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-14, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Angka pengundi kali pertama itu meliputi kira-kira 34 peratus daripada keseluruhan pengundi di Malaysia.

Barisan Nasional dan Pakatan Harapan telah boleh menjangka bagaimana pengundi-pengundi yang berpengalaman mengundi akan memilih.

Namun apa yang membingungkan kedua-dua belah pihak ialah bagaimana 5 juta pengundi pertama kali ini akan memilih.

Pengundi muda yang pertama kali mengundi ini adalah golongan paling ramai di atas pagar dan merekalah yang akan menentukan pemenang dalam PRU-14.

Apa yang berlaku dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 2008 boleh dijadikan contoh selepas ia dimenangi oleh Barack Obama sekali gus beliau menjadi Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.

Strategi kempennya memfokus kepada golongan muda hingga lebih 12 juta pemuda pemudi negara itu mengundi beliau.

Bagaimanapun, keadaannya berbeza ketika kempen Hillary Clinton pada tahun 2016 apabila golongan muda kurang memberi sokongan kepada beliau berbanding Barack Obama yang membawa kepada kekalahan Hillary Clinton kepada Donald Trump.

Berbeza dengan Barack Obama yang menerima 60 peratus sokongan orang muda pada tahun 2008, hanya 55 peratus orang muda mengundi Hillary Clinton pada tahun 2016.

Bagaimana pula pengundi muda di Malaysia akan mengundi pada PRU-14?

Adakah mereka memilih untuk mengundi mengikut kecenderungan politik keluarga masing-masing? Atau mengikut desakan rakan-rakan? Atau terpengaruh dengan aliran pemikiran media sosial?

Saya adalah salah seorang orang muda yang akan mengundi buat kali pertama pada pilihanraya ini dan saya masih belum membuat keputusan parti yang mana menjadi pilihan. Dan saya yakin, ramai lagi pengundi kali pertama adalah seperti saya.

Persoalan di benak kami adalah apakah yang ditawarkan oleh setiap parti tentang perkara yang penting kepada generasi kami.

Sebenarnya apa yang kami rasa paling penting ialah masa depan. Iaitu contohnya sama ada kami mampu mendapat pekerjaan yang baik selepas bergelar graduan, dan sama ada kami mampu memiliki rumah dan masih dapat menghantar sedikit wang kepada ibu bapa di kampung.

Kami juga mengambil berat tentang masalah yang dihadapi generasi kami pada masa ini.

Baru-baru ini saya terdengar rancangan Barisan Nasional berkenaan program Transformasi Nasional 2050 (TN50), pelan yang mengambil kira pandangan generasi muda mengenai apa yang mereka mahu pada masa depan. Ia adalah strategi yang baik kerana Barisan Nasional dilihat berusaha merancang masa depan untuk generasi muda.

Mungkin itulah sebabnya kini Barisan Nasional mendapat reaksi baik daripada orang muda.

Contohnya, dalam beberapa pilihan raya kecil yang baru lepas, sokongan golongan muda Cina meningkat di Sungai Besar sebanyak 23 peratus daripada 15 peratus pada PRU-13 kepada 38 peratus pada 2016.

Trend peningkatan yang sama turut dilihat di kalangan pengundi muda Melayu apabila sokongan mereka meningkat 18 peratus kepada BN di Kuala Kangsar, dua tahun lalu.

Selain itu, keputusan pilihan raya kampus di 20 universiti-universiti awam sejak dua tahun lalu menunjukkan peralihan ketara sokongan orang muda mahasiswa kepada kumpulan pro-kerajaan apabila mereka menang hampir semua kerusi yang sebelum ini dikuasai kumpulan pro-pembangkang.

Di pihak satu lagi, Pakatan dilihat tidak memfokus kepada masa depan tetapi kepada soal legasi masa lampau dengan melantik calon Perdana Menteri berusia 93 tahun.

Orang muda mungkin ada masalah dengan perkara ini kerana masalah pada hari ini tidak sama seperti yang dihadapi 20 ke 30 tahun yang lalu.

Strategi oleh Pakatan ini mungkin bercanggah dengan harapan orang muda sekarang.

Dalam ucapannya baru-baru ini, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil, berkata: “Generasi muda adalah pemilik masa hadapan. Merekalah pemegang taruh terbesar masa hadapan. Janganlah kita ulangi kesilapan masa lalu dan memaksa generasi akan datang untuk mengikuti amalan lampau dan tabiat lama. Tabiat lama memang sukar dibuang. Marilah kita menggantikan kesilapan lalu dengan aspirasi segar.”

Oleh sebab-sebab di atas, sebagai pemerhati daripada perspektif generasi saya, pada kali ini saya berpendapat bahawa Barisan Nasional akan mendapat sokongan lebih tinggi daripada orang muda berbanding Pakatan.

Oleh Aina Shatar BH



TPM Mahu Semua Jentera Bekerja Keras Untuk Menang PRU14

FW678881_PH22_250218_TPM-scr.jpg

Semua jentera parti di peringkat akar umbi diminta bekerja keras untuk memenangkan calon Barisan Nasional yang terpilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) tanpa mengira parti komponen mana sekalipun.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam keadaan kritikal pada masa kini, perkara itu perlu menjadi pegangan anggota parti untuk memastikan BN terus memperoleh mandat untuk memerintah negara dengan mencapai kemenangan besar dalam PRU14 itu nanti.
"Di waktu kritikal ini, setiap pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung khasnya juga perlu menjadi mata dan telinga kepada kerajaan negeri dan pusat selain memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat."
 
"Bukannya bertindak menambah minyak, menyemarakkan api kebencian sebaliknya biarlah kita menjadi orang yang membawa baldi atau timba yang penuh memadam api di dalam sekam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa Infra UniKL Zon Timur di Bukit Gambang Resort, Pekan Semalam. 
Majlis turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam majlis itu, seramai 600 peserta menerima sijil program berkenaan yang diperkenalkan untuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), selain JKKK Persekutuan (JKKKP) serta JKKK Orang Asli bagi mempertingkatkan kewibawaan mereka dalam memimpin dan mengurus kampung.
Ahmad Zahid berkata dalam pusingan terakhir sebelum menghadapi PRU14, setiap pemimpin JKKK juga perlu memberikan khidmat yang terbaik selain menjaga tutur kata dan perlakuan untuk mengelakkan sebarang perkara yang boleh membangkitkan kebencian rakyat.
Ini adalah pusingan yang terakhir sepanjang lima tahun perjalanan politik dan dalam pusingan ini kita harus mempunyai nafas untuk terus sampai garisan penamat.
Apa maknanya menjadi mata dan telinga jika sekiranya mata semakin kabur dan telinga semakin kurang pendengaran, itu bermakna kita tidak sensitif dengan keadaan dan perkembangan di persekitaran, katanya.
Beliau berkata dalam PRU14 nanti BN perlu terus mengekalkan kemenangan kerana majoriti rakyat masih mengharapkan perkara tersebut.

Keuntungan FGV Bukti Ia Diurus Dengan Baik - Shahrir

Screen Shot 2018-02-25 at 11.13.43 AM.png

Peningkatan keuntungan yang berjaya direkodkan oleh Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tahun lepas membuktikan syarikat itu berada dalam kedudukan yang kukuh dan diurus dengan baik selari dengan peranan penubuhannya.



Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata keuntungan berkenaan telah memakbulkan impian setiap warga Felda yang memiliki pegangan saham dalam FGV, termasuk warga peneroka yang turut memiliki pegangan saham dalam entiti perniagaan berkenaan.



"Di sini kita dapat lihat terdapatnya perbezaan fungsi iaitu FELDA sebagai agensi kerajaan manakala FGV pula entiti perniagaan yang memberi fokus mencari keuntungan dan membawa pulangan kepada pemegang sahamnya seperti FELDA dan warga peneroka.



"Pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid serta ahli lembaganya berjaya mengembalikan peranan FGV sebagai entiti perniagaan menerusi peningkatan keuntungan direkodkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Angkatan Tentera semalam.


Shahrir juga menegaskan bahawa pegangan saham dalam syarikat berkenaan tidak merugikan mana-mana pihak seperti yang sering dilontarkan oleh pihak tertentu yang berniat untuk menjatuhkan FGV.



Menurutnya perkembangan positif itu diharap dapat terus diperkukuhkan dengan pelbagai usaha dan sokongan daripada kerajaan serta FELDA, terutama dalam sektor perladangan.



"Mereka (pembangkang) hanya tahu mencari salah. Akhirnya FGV terus untung secara berterusan dan setiap tahun juga dapat bayar dividen dan saya yakin bahawa Felda sudah pulih kepada asal dan akan terus diperkasa," tambahnya.



Semalam, FGV mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM417 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017, iaitu peningkatan 60 peratus berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM260 juta pada 2016.



Dalam satu kenyataan, syarikat perladangan itu berkata peningkatan tersebut susulan prestasi lebih baik pada sektor perladangan serta logistik dan lain-lain (LO).

Monday, 26 February 2018

Kerajaan DAP Pulau Pinang cakap kosong

UMNO Akan Menang Perang Siber Kali Ini


UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah lagi dalam perang siber dengan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata selepas mengambil kira kesilapan pada PRU-13, pihaknya sudah menubuhkan Jawatankuasa Biro IT di 191 kawasan dalam usaha menangkis fitnah pembangkang di alam maya.
“BN dan UMNO tidak mahu kalah lagi dalam peperangan siber dan juga tidak mahu kalah dalam apa juga perkara yang disebarkan bagi menjatuhkan kerajaan di alam maya.
“Kita akan bekerja keras menepis segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan dengan memperbanyakkan aktiviti serta program yang memberi gambaran baik kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat dan Pertemuan Bersama Tiga Bahagian Jawatankuasa Biro IT di Wisma Transformasi UMNO Permatang Pauh, di sini, semalam.
Tiga jawatankuasa yang mendapat taklimat itu adalah dari Bahagian UMNO Permatang Pauh, Bagan dan Bukit Mertajam.
Ahmad berkata, setiap Bahagian UMNO akan mempunyai sekurang-kurangnya 40 ahli jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan memantau kesemua media sosial.
“Selain menangkis fitnah, jawatankuasa biro IT akan mempromosi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan UMNO yang menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat di kawasan masing-masing.
“Kita berharap dengan apa yang dilakukan ini akan membuahkan hasil supaya dapat terus meraih kemenangan pada PRU-14,” katanya. TV14

Parlimen Dijangka Bubar Selepas Persempadanan Semula Lulus


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu isu persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor dan akta berita palsu diselesaikan di peringkat Dewan Rakyat Mac ini sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang diberi tanggungjawab itu akan memastikan dua perkara utama terbabit selesai pada sesi persidangan kali ini yang bermula Isnin depan

Malah, Perdana Menteri juga dijangka akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas dua isu berkenaan mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

Menurut laporan sebuah portal berita, persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Dewan Rakyat pada Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan, bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff yang berpendapat bahawa persempadanan semula itu tidak membabitkan pertambahan bilangan kerusi.

“Memadai lulus di Dewan Rakyat dengan majoriti mudah, kemudiannya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan terus boleh dilaksanakan.

“Ia tidak perlu bawa kepada kelulusan di Dewan Negara, ia bukan pindaan undang-undang ataupun akta baharu, sebaliknya hanya laporan persempadanan.

“Proses ini adalah mengikut undang-undang dan perlembagaan negara,” katanya.

Tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi teka teki semua pihak tetapi SPR dan polis sedang mengatur persiapan memghadapi PRU ke 14.-BNBBC

BR1M Bukan Untuk Beli Undi - PM



PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi asal usul pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan terdapat pelbagai tohmahan daripada pihak pembangkang termasuk bertujuan membeli undi.

Bercakap di hadapan kira-kira 2,000 penerima, beliau berkata bantuan itu dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia yang bukan bersifat kepartian politik dalam usaha membolehkan kaedah subsidi bersasar dilakukan.

"Subsidi ini (bersasar) adalah lebih baik daripada subsidi pukal yang banyak ketirisan. Sebagai contoh, mungkin mereka yang menerima subsidi ini menjualnya di sempadan.

"Keduanya, orang yang sepatutnya menerima subsidi secara relatifnya mendapat kurang berbanding orang yang tinggi kemampuan, contohnya Petrol RON95, orang berkereta besar mendapat manfaat lebih daripada mereka yang memandu Proton Saga atau Myvi," katanya.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Lantaran itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi kerajaan, sudah sampai masanya untuk membuat perubahan dasar yang memberi manfaat besar kepada rakyat melalui pemberian BR1M.

Justeru, katanya BR1M dilaksanakan pada tahun 2012 dengan bantuan sebanyak RM500 yang memanfaatkan hampir 4.1 juta penerima sebelum dinaikkan kepada RM1,000 pada 2016 dan RM1,200 pada 2017.

"Janji kita lima tahun dahulu dalam manifesto Barisan Nasional (BN), kita akan naikkan BR1M kepada RM1,200 dan dalam jangka masa ini, janji telah ditepati. Kita tidak akan membuat janji kalau kita fikir tidak boleh ditunaikan.

"Saya takkan keluarkan kenyataan bahawa sesuatu manifesto itu kita kaji semula - ada orang buat kenyataan bukan nak tepati, nak kaji semula 60 peratus daripada manifesto. Apa guna manifesto yang mana janji kita takkan tunaikan," kata perdana menteri.

Beliau berkata sehingga hari ini, kerajaan BN berjaya menunaikan 97.6 peratus janji dalam manifesto pada PRU lepas.

Najib berkata BR1M yang menjadi antara pertanyaan popular pengguna media sosial setiap kali beliau memuat naik pelbagai status di Facebook dan Twitter miliknya turut membantu merangsang ekonomi negara.

"Apabila sahaja kita dapat BR1M, kita gunakan untuk membeli barang-barang asas seperti beras, gula, susu dan pakaian sekolah, ini merangsang ekonomi domestik," katanya.

Beliau turut menempelak pihak yang hanya pandai mengkritik pemberian BR1M tetapi tidak memberi sebarang cadangan berhubung kaedah lebih baik dalam menyampaikan subsidi.

Katanya pihaknya bersedia menimbang sebarang cadangan untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.

"Kalau nak kata dedak atau 'cash is king', ini mengarut sebab zaman dia dahulu tidak buat, kita kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat," jelasnya.

Pengagihan BR1M 2018 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.

Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai esok, manakala fasa kedua dan ketiga bakal dibuat pada Jun dan Ogos ini. - BERNAMA

Ketahui Hak Anda! Pemilik Premis Boleh Dikenakan Tindakan Tegas Halang Petak Parkir



Isu tidak cukup tempat letak kereta khususnya di kawasan bandar bukan perkara baharu, dan masalah itu menjadi semakin rumit apabila terdapat segelintir penyewa petak parkir bertindak menghalang kawasan tersebut sehingga menyukarkan orang awam untuk menggunakannya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan petak parkir yang disewakan di hadapan premis penyewa hanya dihadkan dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang sahaja, dari hari Isnin hingga Sabtu, lapor Malay Mail.

Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL, Azmi Abdul Hamid berkata, selepas tempoh waktu ditetapkan, tempat letak kereta tersebut terbuka kepada orang awam.

“Selepas jam 6 petang setiap hari, hari Ahad dan cuti umum, kawasan tersebut terbuka kepada orang awam,” katanya memetik akhbar tersebut hari ini.

Katanya, banyak aduan yang diterima oleh orang awam berhubung tindakan penyewa meletakkan palang besi di kawasan petak parkir bergarisan merah di luar tempoh masa.

Susulan itu, beliau menjelaskan tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa tempatan terhadap mana-mana penyewa yang masih berdegil dan melanggar peraturan tersebut memandangkan perkara itu tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini.

Notis amaran akan dikeluarkan oleh DBKL kepada para penyewa petak letak kereta dan jika kes masih berulang tindakan selanjutnya adalah dengan tidak memperbaharui tempoh sewaan mereka yang dibayar setiap tiga bulan, lapor akhbar itu lagi.

“Tempat letak kereta tidak akan pernah cukup dan cadangannya adalah untuk tidak mewujudkan lebih banyak tempat letak kereta jadi orang akan menggunakan pengangkutan awam. Tetapi untuk kes ini, kita perlu memastikan terdapat penguatkuasaan yang adil,” ujarnya sambil menambah DBKL telah berbincang dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

YWP yang dilantik menguruskan tempat letak kereta bagi pihak DBKL sejak 2016 telah bekerjasama dengan Vista Summerose Sdn Bhd dengan memperkenal sistem City Car Park untuk membantu penguatkuasaan dan pungutan yuran parkir.

Mengulas lanjut, Pengarah Urusan Vista Summerose, Nik Haidi Nik Mohamad berkata terdapat 3,883 ruang letak kereta di bandar yang disewakan dengan caj RM400 di kawasan pusat bandar, manakala antara RM215 dan RM240 untuk kawasan luar pusat bandar.

Nik Haidi berkata, tempat letak kereta yang disewa tertakluk kepada syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh DBKL, bergantung kepada jenis perniagaan seperti bank (kenderaan keselamatan), klinik (kecemasan perubatan), dan sebagainya.

"Ia tidak sepatutnya menjadi tempat letak kenderaan individu untuk kemudahan peribadi mereka," kata beliau sambil menambah terdapat dasar-dasar yang ditetapkan oleh DBKL untuk menangani isu tersebut.

Bagaimana beliau berkata, alasan yang sering digunakan oleh penyewa adalah jika mereka tidak menghalang petak parkir tersebut selepas waktu perniagaan, ruang tersebut akan diambil oleh pemilik kenderaan lain, dan itu menyukarkan mereka pada keesokan hari.

Tambahnya, pihaknya beberapa kali terpaksa menunda kenderaan daripada kawasan parkir khas, namun penyewa perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan hanya boleh meletak kenderaan pada masa yang ditetapkan.

Nik Haidi turut memberi amaran kepada pemilik-pemilik permis yang bertindak menghalang petak parkir di luar premis untuk kegunaan mereka sendiri.

“Pasukan penguatkuasa telah melupuskan pelbagai jenis barang seperti tayar kereta, tong sampah, peralatan perabot pecah yang digunakan untuk menghalang ruang petak parkir tetapi keesokkannya, ia kembali berlaku,” katanya. - MalaysianDigest

Projek laluan baharu dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) jimatkan masa


PULAU PINANG 26 Feb. - Projek laluan baharu dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sepanjang tiga kilometer di Bayan Lepas di sini dapat memendekkan waktu perjalanan daripada 30 minit kepada hanya 10 minit .

Perkara itu diakui Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang turut memaklumkan projek tersebut merupakan salah satu usaha Kerajaan Persekutuan memberikan keselesaan kepada penduduk negeri ini.


Menurut beliau, jalan itu mula dibina  pada 2014 dan siap hujung tahun lalu sebelum mula dibuka awal tahun ini iaitu hanya mengambil masa kira-kira tiga tahun.

“Berbeza dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang, apabila mereka rancang untuk buat jalan pada 2014 juga, sampai sekarang pun masih belum mula lagi.

“Inilah manifestasi Kerajaan Persekutuan, kita akan kotakan janji walaupun mungkin sedikit terlewat,” katanya selepas merasmikan Majlis Pembukaan Jalan (Flag Off) Projek Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT006 dari Teluk Kumbar ke LTAPP itu pagi ini. - UTUSAN ONLINE








 
Copyright © 2014 PenangKini.