BREAKING NEWS

Monday, 5 February 2018

Abu Syafiq Fitnah PM, Najib Razak Tidak Masuk Makam Nabi



1. Abu Syafiq Al Kazzab datang lagi dengan fitnah baru.
2. Sebelum ini dia sudah kantoi fitnah isu Mcd dan Tol. Tapi masih lagi tidak bertaubat dari dosa-dosa fitnah. Datang lagi dengan fitnah baru terhadap Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak dalam isu Haji 1MDB dan isu PM masuk makam Nabi ﷺ.
3. Aku cuba jawab fitnah yang dilontarkan Abu Syafiq Al Kazzab ni. Aku pecahkan kepada beberapa subtopik.


4. Di dalam video, Abu Syafiq berkata 1MDB masih mempunyai hutang. Dalam keadaan masih berhutang DS Najib tetap mahu menaja jemaah menunaikan Haji melalui 1MDB.
5. Maksudnya, dia mahu katakan, membayar hutang (wajib) lebih patut didahulukan daripada "menaja haji" (tidak wajib).
6. Jelas kita dapat lihat Abu Syafiq sangat dangkal dalam beragama.
7. Betul membayar hutang itu wajib. Namun ia kembali semula kepada keizinan dari pemberi hutang atau kaedah atau proses atau kemampuan dalam pembayaran hutang.
8. Dalam kondisi 1MDB, dalam pada menaja jemaah menunaikan haji, ia tidaklah sehingga menganggu proses pembayaran hutang. Konsep hutang yang diamalkan di antara 1MDB dan pemberi hutang bukanlah semestinya dibayar sekaligus. Bukan bayar sedebuk.
9. Kaedah melunaskan hutang yang diamalkan mereka adalah pembayaran secara berperingkat. Telah terbukti 1MDB tidak pernah missed bayar hutang akibat ketiadaan dana malah bayaran hutang 1MDB lebih awal dari tarikh yang dijadualkan.
10. Soalan seperti ini pernah ditanyakan kepada Syeikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin tentang menunaikan haji sedangkan dia mempunyai hutang yang tidak ditentukan masa pembayarannya, tidak juga menganggu pembayaran hutang.
11. Jawapan Syeikh adalah boleh menunaikan haji dan haji itu sah walaupun sebelum habis membayar hutang, kerana hutang itu tidak ditentukan waktu pembayarannya dan individu tersebut 'mampu' untuk membayarnya bila dia mahu.
12. Boleh rujuk Buku Fatwa-Fatwa Haji dan Umrah oleh Ulama-Ulama Besar Saudi Arabia, Penyusun Muhammad bin Abdul Azin Al-Musnad, terbitan Pustaka Imam Asy-Syafie, hal. 58 – 61, Penterjemah H.Asmuni Solihan Zamakhsyari Lc.
13. Fatwa lebih spesifik juga di tanya di Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Bukhuts Al-Ilmiyah Wal Ifta', 11/45, tentang masih mempunyai hutang di bank namun tetap mahu mengerjakan haji. Jawapannya 'boleh' jika dia 'mampu' untuk membayar hutang semasa menunaikan haji.
14. Dan kaedah yang sama inilah yang diamalkan oleh 1MDB di mana hutangnya tidaklah terikat supaya dilunaskan dengan kadar segera, ia mempunyai sekian-sekian tempoh, dan ia tidak juga menganggu proses pembayaran seperti yang sudah dinyatakan seperti di atas.




15. Fitnah ini mudah dijawab. Saksi mata dari Malaysia yang melihat sendiri DS Najib masuk makam Nabi ﷺ ada beberapa orang. Antaranya Dr Fathul Bari Mat Jahya. Beliau mengesahkan yang Perdana Menteri kita telah diberi masuk ke dalam makam Nabi ﷺ.
16. Abu Syafiq tiada pun di sana untuk menidakkan hal ini. Hanya main agak-agak sahaja. Bukti tidak diberi.
17. Tapi Abu Syafiq konar fitnah ni. Katanya makam Nabi ada 2 lapisan dinding. DS Najib baru boleh dikira masuk ke makam Nabi ﷺ jika melepasi ke semua dinding tersebut. What? Takkan lemah sangat kefahaman Abu Syafiq ni?
18. Maksud DS Najib masuk ke dalam makam Nabi ﷺ adalah masuk kawasan makam itu la. Adakah kena masuk terus dalam liang kubur baru dikira masuk ke dalam makam? Bahasa Melayu dulu dapat berapa?
19. Aku bersangka baik, DS Najib sebagai 'orang awam dalam bidang agama', yang dimaksudkan beliau adalah salam yang disampaikan itu sangat dekat dengan makam Nabi ﷺ berbanding manusia lain yang berada di luar masjid. Allahua'lam.
20. Namun pendapat aku, DS Najib terkhilaf dalam hal ini walaupun sebenarnya DS Najib hanya qoute kenyataan dari individu lain.
21. Walaupun jasad Nabi ﷺ masih terletak di dalam makam baginda, roh Nabi ﷺ sebenarnya telah pun berada di alam barzakh.
22. Jadi, setiap salam yang disampaikan samada kedudukan kita dekat atau jauh dari makam, ianya akan tetap sampai kepada Nabi ﷺ melalui malaikat. Tapi tidak dinafikan, peluang yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada pemerintah kita untuk masuk ke makam Nabi adalah impian ramai manusia. Sedikit sebanyak ia menggembirakan dan membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia di atas keistimewaan yang diberikan.
23. Namun tuduhan Abu Syafiq bahawa DS Najib mengkhususkan hanya diri beliau yang salamnya sampai direct kepada Nabi ﷺ, adalah dusta dan fitnah.
24. Kesalahan dan kekeliruan seumpama ini adalah perkara biasa bagi 'orang awam yang bukan dari bidang agama'. Perkara ini tidaklah sehingga menyesatkan DS Najib. Apatah lagi mengeluarkannya dari agama.
25. Ia juga bukanlah menjadi sebab untuk menghalalkan tindakan khawarij Abu Syafiq dengan mengaibkan, menghina, memperlekehkan, menghasut orang ramai serta menarik ketaatan dari DS Najib di dalam hal yang makruf sehingga secara terang-terangan mengajak orang ramai supaya menjatuhkan DS Najib.

26. Setelah melihat video ucapan DS Najib, tiada pun kenyataan dari DS yang mengatakan salam dari luar masjid tidak sampai kepada Nabi ﷺ.

27. Aku masih menunggu kenyataan atau bidasan dari ustaz-ustaz atau tokoh-tokoh so called ASWAJA.
28. Di mana Zamihan? Di mana Ustaz Engku Ahmad Fadzil? Di mana PU Faiz? Di mana ustaz-ustaz pondok? Di mana tokoh-tokoh ASWAJA yang lain?
29. Kenapa berdiam diri ketika Abu Syafiq yang juga sahabat mereka sendiri ini sedang memfitnah pemerintah Islam kita?
30. Adakah mereka semua sangat takut berhadapan dengan Abu Syafiq? Adakah fitnah seperti ini mesti dibiarkan?
Last update: 05.02.2018|4:28PM
Kredit:
1. islamqa.info
2. almanhaj or.id

Abu Aqif 
 
Copyright © 2014 PenangKini.