BREAKING NEWS

Friday, 23 February 2018

Blogger Wanita PKR, Ratu Naga Buat Fitnah Terhadap Jururawat Di Media Sosial




Kalau bukan fitnah, bukan PKR namanya. PKR dan fitnah tidak dapat dipisahkan. Kasihan jururawat di dalam video yang diviralkan oleh blogger Wanita PKR yang bergelar Ratu Naga ini.
Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah menjadi Wanita PKR pada 22/10/2016, telah memfitnah video pendidikan seks untuk golongan berisiko menghidap HIV sebagai video UMNO.
Hasil fitnah tersebut, pencacai-pencacai pembangkang telah memaki hamun dan memfitnah jururawat yang tidak bersalah ini. Jururawat berkenaan amat tertekan dan beliau telah menghantar mesej kepada Ratu Naga dan jelaskan keadaan sebenar.
Beliua telah memohon agar dipadamkan posting tersebut namun tidak dihiraukan. Posting fitnah tersebut kekal terpampang dengan segala komen yang mengecam jururawat ini dibiarkan begitu saja.
Sewajarnya bila empunya diri tampil menjelaskan keadaan sepatutnya Ratu Naga merendah hati memohon maaf dan memadamkan saja posting tersebut kerana ia melibatkan maruah dan nama baik serta gangguan psikologi kepada seorang wanita Muslimah yang tidak bersalah.
Sebaliknya, Ratu Naga tidak berbuat demikian. Mungkin kulit beliau kalis dari api neraka. Tidak tahan dengan tohmahan, wanita tersebut telah membuat laporan polis. Kita tunggu episod seterusnya.




 
Copyright © 2014 PenangKini.