BREAKING NEWS

Tuesday, 6 February 2018

Cari wanita letak kopi segera

POLIS mengesan wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kopi campuran segera yang menyebabkan tujuh mangsa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak hampir dua minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita berusia 40-an itu diminta tampil ke balai polis untuk diambil keterangan.
“Wanita berkenaan dilihat berada di medan selera kawasan Jelutong dan dia meletakkan kopi terbabit di situ sebelum diambil orang ramai.
“Jika wanita berkenaan berjaya ditahan kita percaya dapat merungkai dan memberi petunjuk untuk polis menjalankan siasatan lebih lanjut,” katanya pada sidang media, hari ini.
Sementara itu, Anuar berkata, keputusan ujian darah dan air kencing dua lelaki Nepal dijangka akan diperoleh petang ini.
Setakat ini, tujuh mangsa dimasukkan ke HPP selepas mereka mengalami simptom pening dan tidak bermaya sejurus minum kopi pracampumparan terbabit..

-Harian Metro
 
Copyright © 2014 PenangKini.