BREAKING NEWS

Wednesday, 7 February 2018

Dividen Tabung Haji naik…6.25 %

Tabung Haji yang mencatat prestasi kewangan lebih baik pada 2017 berbanding 2016 umum kenaikan kadar hibah tahunan dan hibah Haji.

Kali ini jumlahnya ialah 6.25 peratus yakni 4.50 peratus hibah tahunan dan 1.75 hibah Haji.

Tahun lalu hibah tahunan ialah 4.25 peratus dan hibah Haji 1.75 peratus.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir umum dalam sidang akhbar Selasa.

Katanya pada tahun kewangan 2017 Tabung Haji catat pendapatan kasar hampir RM4.5 billion meningkat sebanyak RM1.1 billion berbanding tahun kewangan 2016 yang sebanyak RM3.4 billion.

Jumlah hibah yang diagihkan kepada 8.7 juta pendeposit ialah sebanyak RM2.7 billion.

Bayaran hibah akan dimasukkan dalam akaun pendeposit Isnin 12 Februari.- 7/2/2018- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL



 
Copyright © 2014 PenangKini.