BREAKING NEWS

Friday, 9 February 2018

GERAKAN sifar kes rasuah di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Sepanjang 39 memerintah Pulau Pinang, tiada seorang pemimpin parti Gerakan pun yang pernah dikaitkan dengan rasuah.

Sambil menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Liang Teck Meng berkata, rekod itu jauh berbeza dengan pemerintahan sekarang.


“Sekarang mana-mana pun rasuah dan berlaku penyelewengan kuasa, daripada pembelian rumah banglo hinggalah kepada pembinaan terowong dasar laut,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti Gerakan di sini hari ini.


Teck Meng yakin sudah tiba masanya penduduk Pulau Pinang untuk membuat penilaian sendiri berdasarkan kepimpinan dibawah rejim Guan Eng bagi dua penggal. -UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.