BREAKING NEWS

Thursday, 8 February 2018

Guan Eng Perlu Jawab Persoalan Kelayakan SPV





KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak supaya menjawab persoalan sama ada syarikat tujuan khas (SPV) yang dilantik mengendalikan projek terowong dasar laut memenuhi syarat modal berbayar minimum sebanyak RM381 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui adakah SPV tersebut mempunyai kelayakan modal berbayar minimum itu untuk mendapatkan tender bagi projek berkenaan. 
“Guan Eng mengakui China Railway Construction Corporation International (CRCC) bukanlah pemegang saham SPV walaupun pernah mengeluarkan kenyataan sebaliknya sebelum ini dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) pula menarik diri, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganugerahkan projek tersebut kepada syarikat berusia 82 hari dengan mempunyai modal berbayar hanya RM300,000 ketika itu.
“Guan Eng sepatutnya menjawab persoalan ini dengan menerangkan bagaimana SPV berkenaan memenuhi syarat modal berbayar minimum sebanyak RM381 juta itu dan tidak bersembunyi di belakang Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
- UTUSAN ONLINE


 
Copyright © 2014 PenangKini.