BREAKING NEWS

Friday, 16 February 2018

Ibu Dan Bapa Bayi Direman 7 Hari



Sepasang suami isteri yang juga bapa dan ibu kepada bayi perempuan 47 hari yang maut dipercayai didera, direman 7 hari bermula hari ini.

Kedua-dua mereka dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam pagi tadi untuk direman selepas ditahan polis malam tadi.

Perintah reman dikeluarkan pendaftar Nor Hapipah Abdullah.

Semalam, seorang bayi perempuan berusia 47 hari dilaporkan maut dipercayai didera keluarganya jam 10.45 pagi.

Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus, tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia di klinik berdekatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata bayi berkenaan dilahirkan normal pada 30 Disember tahun lalu dengan berat 2.66 kilogram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Kredit : Buletin TV3
 
Copyright © 2014 PenangKini.