BREAKING NEWS

Friday, 2 February 2018

Jadikan Pulau Pinang Sebagai Pengajaran Sebelum Ubah Kerajaan - Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya menasihatkan rakyat supaya menjadikan Pulau Pinang sebagai pengajaran sebelum bertindak mengubah kerajaan.

"Biarlah Pulau Pinang menjadi pengajaran bagi mereka yang ingin cuba mengubah kerajaan.

"Rakyat Pulau Pinang kini menderita kerana mereka membuat pilihan yang salah pada pilihan raya sebelumnya," kata beliau menurut laporan Utusan Borneo.

Jelasnya, ekonomi di Pulau Pinang juga merosot jika dibandingkan dengan tahun-tahun lalu.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang kini tidak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat," tegasnya.

Tambahnya, rakyat akan berada di pihak yang kalah jika membuat pilihan yang salah.

"Oleh itu, pilih kerajaan yang kita tahu prestasi kerja mereka dan dapat membantu rakyat," ujar beliau.

Katanya, rakyat mesti menggunakan hak mengundi yang betul dalam pilihan raya. - Sarawakiana
 
Copyright © 2014 PenangKini.