BREAKING NEWS

Saturday, 17 February 2018

Jahara bidas LGE guna kroni tolak usul tempoh kuasa KM



17 FEB: Tindakan Lim Guan Eng yang cuba membawa cadangan jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar boleh dipegang selama dua penggal memperlihatkan yang beliau takut hilang kuasa seperti yang dipegang selama ini.
Menurut Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid, ia bukan perkara baharu kerana sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP sendiri pernah membawa usul yang sama dalam DUN.
Namun ia ditolak mentah-mentah kerana semua pimpinan di peringkat jawatankuasa dikuasai kroni Guan Eng.
“Kita memang tahu yang Guan Eng takut hilang jawatan, sekarang dia sangat berkuasa, kalau ada apa-apa cadangan daripada BN sekalipun kalau ada yang tak kena dengan merek, usul itu akan ditolak.
“Jadi jika mereka (PH) nak bawa perkara ini dengan serius, kami menyokong untuk penambahbaikan, ” katanya.
PH dikatakan akan membincangkan mengenai had tempoh perkhidmatan ketua menteri dan menteri besar di negeri yang dinaungi mereka.
Guan Eng yang dipetik portal The Malaysian Insight bagaimanapun berkata perkara itu perlu dibincangkan di peringkat Majlis Presiden terlebih dahulu.
Membidas kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad yang menyatakan tiada keperluan untuk meletakkan had kuasa kepada Ketua Menteri dan Menteri Besar, Jahara berkara ia suatu kenyataan yang tidak tepat.
“Memang jawatan Ketua Menteri tidak sama dengan Perdana Menteri yang dikatakan boleh menguasai SPRM dan sebagainya, tapi cuba lihat Guan Eng berapa banyak dia punya salahguna kuasa.
“Tapu bukankah dia tetap gunakan kuasanya yang ada untuk menyelamatkan dirinya daripada dikenakan sebarang tindakan? ” soalnya lagi.


 
Copyright © 2014 PenangKini.