BREAKING NEWS

Tuesday, 20 February 2018

Keluarga bayi dera tuntut jenazah untuk dikebumikan

BUKIT MERTAJAM 19 Feb. - Jenazah bayi perempuan berusia dua bulan yang dipercayai maut akibat didera ibu bapanya dituntut ahli keluarga mangsa di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini petang tadi.

Terdahulu, pakar pergigian menjalankan bedah siasat terhadap mayat bayi malang itu bagi mengenal pasti kesan gigitan yang terdapat pada bahagian pipi dan badan mangsa untuk melengkapkan proses siasatan.

Difahamkan, proses bedah siasat itu bermula sejak 10.30 pagi tadi dan berakhir kira-kira lima jam kemudian.

Jenazah bayi tersebut kemudian disemadikan di kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Tok Panjang, di sini selepas solat Asar, hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.