BREAKING NEWS

Friday, 2 February 2018

Letakkan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri - Mufti Perak

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Beliau berkata peruntukan Mahkamah Syariah perlu diluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada orang Islam sahaja.


“Pindaan itu berupaya mengangkat Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap entiti di luar institusi kehakiman, meletakkannya pada kedudukan lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama 3 anak guru tadika M Indira Gandhi kepada Islam oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.

 
Copyright © 2014 PenangKini.