BREAKING NEWS

Monday, 19 February 2018

Mahathir Patut Minta Anak Menderma, Bukan Rakyat

Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, beliau memperlekehkan usaha Pas mengutip derma ketika ceramah dan muktamar bagi membantu perjuangan parti tersebut khususnya bagi menghadapi pilihan raya.
KLIP video menyiarkan rayuan Dr. Mahathir Mohamad kepada orang ramai supaya menghulurkan derma kepad
Hari ini Dr. Mahathir bagaikan ‘dimakan sumpah’, beliau terpaksa muncul dalam klip video dengan muka sedih dan suara pilu merayu orang ramai untuk menderma kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Kalau mendengar nada suara beliau diiringi pula dengan muzik yang sering kali digunakan untuk klip video ‘belasungkawa’ memang boleh meruntun perasaan sesiapa sahaja, maklumlah seorang tua berusia 93 tahun merayu meminta derma seolah-olah bagi menampung belanja hariannya.
Kata Dr. Mahathir dalam klip video berdurasi 49 saat itu, parti tersebut memerlukan sumbangan orang ramai bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap kerajaan kleptokrasi. Hebat sungguh lakonan Dr. Mahathir, beliau menggambarkan seolah-olah pemimpin PPBM ‘miskin-miskin’ belaka, tiada sumber kewangan bagi membantu parti itu. Namun semua orang tahu siapa Dr. Mahathir, apa yang anaknya miliki dan siapa tokoh korporat di belakang beliau.
Bagaimanapun Dr. Mahatir bijak bersandiwara. Beliau mahu nyatakan kepada rakyat, kalau mereka tidak menderma maka musnahlah impian pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN. Cara Dr. Mahathir bercakap macam Malaysia sudah ‘parah’ dan perlu diselamatkan.
Soalnya, kalau betullah kerajaan sedia ada sudah terlalu teruk dan perlu dijatuhkan sepatutnya Dr. Mahathir akan bersedia berkorban apa sahaja, maklumlah sebagai negarawan, beliau pasti rela melakukan pengorbanan dengan menggunakan segala sumber kewangan yang beliau miliki untuk membiayai ‘perjuangan’ PPBM.
Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu tidak berbuat demikian kerana beliau tidak mahu membazir wang anak pinak atau kroninya untuk melunaskan dendam politik beliau terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Lagipun Dr. Mahathir tidak yakin Pakatan Harapan akan menang dalam PRU-14, oleh itu kalau mahu rugi biarlah rakyat bukannya anak-anaknya.
Kalau mahu dilihat kekayaan yang dimiliki oleh anak-anak beliau, Dr. Mahathir tidak perlu buat ‘muka kesian’ untuk muncul dalam klip video seumpama itu seolah-olah kalau rakyat tidak beri sumbangan habislah PPBM. Kasihan mereka yang terperdaya dengan lakonan Dr. Mahathir.
Sepatutnya jika benar perjuangan PPBM demi bangsa, agama dan negara, Dr. Mahathir boleh sahaja meminta anak-anaknya termasuk Datuk Seri Mukhriz menyalurkan sumbangan kewangan bagi membantu perjuangan parti itu dan Pakatan Harapan.
Tetapi ia tidak akan berlaku kerana Dr. Mahathir berjuang bukan untuk rakyat, PPBM bertarung bukan untuk kesejahteraan negara, sebaliknya semata-mata memenuhi agenda politik kebencian Dr. Mahathir yang akhirnya akan menguntungkan DAP.
Kepada sesetengah orang Melayu terperdaya dengan lakonan ‘muka sekupang’ Dr. Mahathir, ‘tahniahlah’ kerana sumbangan anda akan memperkukuhkan lagi kedudukan DAP sebagai ‘taiko’ kerana faktanya, PPBM, PKR dan PAN hanyalah ‘pak turut’ dalam Pakatan Harapan.
Zulkiflee Bakar
Utusan
 
Copyright © 2014 PenangKini.