BREAKING NEWS

Thursday, 15 February 2018

Mahfuz Pemimpin Tak Boleh Diharap - Ulama


KUALA KETIL - Ulama Madrasah Tahzib An Nufus di sini, Abdul Wahab Hassan mendakwa pernah menegur Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar supaya tidak lari daripada perjuangan Islam bersama Pas pada musim haji tahun lalu.

Abdul Wahab berkata, teguran itu dibuat agar Mahfuz tidak mengambil mudah tugas sebagai pemimpin yang telah diamanahkan.

"Antara yang saya kata ialah duduk bersama perjuangan Islam tidak boleh lari. Waktu tu kami terserempak di Makkah ketika musim haji tahun lepas.

"Mahfuz nampak tak banyak cakap dan terus berlalu. Waktu dia datang pondok tahun lepas pun saya pernah nasihat perkara sama," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Endoi, semalam.

Beliau yang juga mantan Yang Dipertua Pas Kawasan Baling berkata, keputusan Mahfuz termasuk Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah meninggalkan Pas tidak mengejutkannya kerana pemimpin berkenaan disifatkan tidak boleh diharap.

"Depa tak pandai politik sebenarnya. Politik sebenar bagi depa pun tak tahu macam mana.

"Politik dalam Islam ada empat, pertama politik para Nabi, kedua politik para ulama, ketiga politik para menteri dan keempat politik para sultan. Semua tu ada dalam Kitab Ahkamul Sultaniah," katanya.

 
Copyright © 2014 PenangKini.