BREAKING NEWS

Friday, 2 February 2018

MCMC & PDRM Siasaat Video Warga Asing Diberi Kad Pengenalan

KUALA LUMPUR: Video palsu warga asing diberi kad pengenalan mula tersebar kembali di media sosial dan kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis.

Ketua Pegawai Operasi MCMC, Datuk Dr Mazlan Ismail memaklumkan, MCMC menerima aduan mengenai penyebaran video tersebut dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti individu yang menyebarkannya dengan bantuan polis.

Menurutnya, MCMC memandang serius perkara ini dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

“Adalah menjadi satu kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi seseorang membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.”

MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi, menyebar, memuat naik, mahupun mempercayai sebarang bentuk kandungan yang belum ditentukan kesahihannya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.