BREAKING NEWS

Wednesday, 21 February 2018

mengapa Kerajaan Pulau Pinang begitu murah hati kepada SPV Terowong ini sehinggakan mereka akan membelanjakan tambahan sebanyak RM9 bilion dana negeri untuk membantu meningkatkan nilai projek hartanah tepi laut mewah mereka yang bernilai RM15 bilion itu?

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 20 Februari 2018

Sumber-sumber telah memberi saya maklumat bahawa tanah negeri seluas 50 ekar di Persiaran Gurney, yang telah dipra-jual oleh syarikat SPV Terowong Pulau Pinang sebelum ini dengan harga RM2.83 bilion kepada syarikat tersenarai dalam majlis yang disaksikan YAB Ketua Menteri, akan menjadi sebahagian daripada sebuah projek yang dinamakan Wellness City of Dreams.

Projek milik swasta 100% ini yang merupakan usaha sama antara syarikat tersenarai dan SPV Terowong diumumkan mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM15 bilion.

Susun atur projek ini adalah mengikut gambarajah yang dilampirkan.

Berdasarkan pengumuman sebelum ini oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, dana negeri bernilai "ratusan juta ringgit" yang tidak ditetapkan jumlahnya akan digunakan untuk membina projek "Gurney Wharf" di sebelah projek City of Wellness.

Projek Gurney Wharf itu dipromosikan oleh kerajaan negeri untuk menjadi tarikan pelancong utama dan akan ada pantai berpasir, taman air, taman awam, taman papan luncur, persiaran awam menghadap laut, kedai makan tepi laut termasuklah yang penjaja terkenal di pulau dan tempat berjalan kaki.

Kerajaan Pulau Pinang telah mengatakan bahawa mereka akan membayar untuk projek Gurney Wharf ini.
http://www.themalaymailonline.com/…/faq-on-the-gurney-wharf…

Kerajaan Pulau Pinang juga berkata mereka akan membina jalan 8 lorong di hadapan pembangunan ini di sepanjang Persiaran Gurney yang akan menelan belanja antara RM300 juta hingga RM400 juta. Kos pembinaan jalan ini juga disahkan dibayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
http://www.thesundaily.my/news/2072790

Kerajaan Pulau Pinang juga mengatakan bahawa mereka akan menanggung kos pembinaan lebuh raya Pan Island Link sejauh 19.5km yang akan menghubungkan pembangunan ini dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dalam satu projek yang akan menelan belanja RM7.5 bilion. Pada RM385 juta setiap km, lebuh raya ini akan menjadi yang paling mahal di Malaysia dengan lebih daripada dua kali ganda.
https://www.thestar.com.my/…/its-fundamental-chow-says-of-…/

Adalah jelas bahawa Kerajaan Pulau Pinang membelanjakan hampir RM9 bilion dana negeri yang diperolehi dari penjualan tanah dan aset negeri pada projek-projek yang nampaknya menjadikan projek swasta Wellness City of Dreams dengan GDV bernilai RM15 bilion sebagai benefisiari utama.

Bertentangan dengan itu, Penang Development Corp (PDC) milik kerajaan negeri telah melihat keuntungannya dan rizab tunainya menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini sehinggakan ia memerlukan pinjaman mudah tunai RM609 juta dari kerajaan negeri awal tahun ini.

Persoalan kini dibangkitkan kenapa Kerajaan Pulau Pinang seolah-olah memberi keuntungan 100% kepada pemaju hartanah milik swasta dan tidak membenarkan PDC mempunyai kepentingan dalam projek RM15 bilion ini - terutamanya kerana tanah projek itu adalah tanah negeri dan Kerajaan Pulau Pinang membelanjakan sehingga RM9 bilion dana negeri dalam projek-projek yang nampaknya membantu memastikan kejayaan projek Wellness City of Dreams ini?

- Laporan RM305 juta yang terlalu mahal,
- kegagalan menghukum syarikat kerana terus menunda pembinaan jalan dan terowong,
- kelulusan yang sangat pantas oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk projek kondominium mewah mereka,
- perjanjian tol yang paling berat sebelah dalam sejarah
- kemungkinan besar SPV Terowong Pulau Pinang tidak lagi memenuhi modal berbayar minimum RM381 juta untuk layak memenangi projek Terowong Pulau Pinang sejak CRCC dan BUCG menarik diri.

Selain membayar sepenuhnya RM6.34 bilion untuk projek terowong itu, mengapa Kerajaan Pulau Pinang begitu murah hati kepada SPV Terowong ini sehinggakan mereka akan membelanjakan tambahan sebanyak RM9 bilion dana negeri untuk membantu meningkatkan nilai projek hartanah tepi laut mewah mereka yang bernilai RM15 bilion itu?

https://www.facebook.com/EricSeeTo/photos/a.1616864194992633.1073741828.1613712091974510/1877601285585588/?type=3

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1877601385585578
 
Copyright © 2014 PenangKini.