BREAKING NEWS

Friday, 2 February 2018

Pemimpin PH Di Pulau Pinang & Selangor 'Low Class', Dipenuhi Krisis Rasuah

Pakatan Harapan selama ini sering bercakap besar dan cuba menggambarkan pemimpin-pemimpin di kalangan pembangkang bebas dari salah laku. Sedangkan hakikatnya jika dilihat negeri yang di bawah pemerintahan pembangkang penuh dengan skandal rasuah.

Ini dapat dilihat apabila sering kali didengari pembabitan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang dikaitkan dalam isu rasuah. Jika dilihat ada yang sedang dibicarakan dan ada juga kroni-kroni mereka berada dalam tahanan akibat rasuah.

Namun jika diimbas kembali kenyataan bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir yang menyatakan “Kalau lama sangat jadi Perdana Menteri nanti korup”, ini menjadi persoalan adakah pemerintahannya selama 22 tahun tiada satu pun kegiatan rasuah atau korup timbul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru memegang jawatan nombor satu negara itu selama sembilan tahun, tetapi beliau sudah membuktikan corak pengurusan dan pemerintahan beliau adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan Mahathir yang memerintah negara selama 22 tahun.

Sepanjang pemerintahan Najib, Malaysia berada dalam keadaan bertambah baik dan dipenuhi dengan pelbagai infraskutur dan kemudahan. Bukan hanya itu sahaja, kejayaan pemerintahan Najib telah memberi nafas baru kepada negara dan memberi ruang kebebasan yang luas.

Ini jauh berbeza ketika di zaman pemerintahan Mahathir yang menggunakan kaedah “regim menekan”. Dalam tempoh sembilan tahun juga, Najib terpaksa memperbaiki pentadbiran negara akibat pentadbiran dan dasar yang tidak banyak membawa keuntungan kepada negara.

Namun tidak sampai dua penggal, Guan Eng yang memerintah negeri Pulau Pinang sudah terbabit dengan isu rasuah dan tadbir urus yang mencetuskan keraguan. Sebagai contoh, isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town di bawah harga pasaran. Dan juga isu projek mega pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang menarik perhatian ramai sejak dua tahun akhir-akhir ini.

Azmin pula sering melaksanakan dasarnya dengan mengguna pakai proksi dan keluarga yang terdekat. Prinsip Menteri Besar Selangor itu biar mereka yang ditangkap asalkan bukan dirinya ditahan. Itulah ciri-ciri pemimpin yang ‘baik’!

Azmin sering terlepas dari pelbagai tuduhan rasuah biarpun rakyat tahu perancangan berkenaan bermula dan digerakkan oleh Azmin sendiri. Sebagai contoh, isu pasir Selangor amat dekat dihati pemerhati politik masa ini.

Jadi, kata-kata Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan tentang tempoh masa yang lama, tidak perlu diukur selama 22 tahun. Ini kerana lima tahun pun sudah mencukupi untuk menilai pemimpin itu mempunyai ciri yang baik atau pemimpin yang dipilih itu hanya pandai main politik dan juga bijak mengambil kesempatan harta milik kerajaan dan negara untuk kepentingan peribadi dan keluarga.

Mahathir sepatutnya melihat orang disekelilingnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan yang hanya akan memalukan dirinya balik kerana orang disekelilingnya telah jelas menunjukkan lebih teruk dari apa yang beliau sangkakan selama ini. Walau apa pun, skandal rasuah di Pulau Pinang dan Selangor jelas membuktikan pemimpin Pakatan Harapan 'low class'.

 
Copyright © 2014 PenangKini.