BREAKING NEWS

Wednesday, 7 February 2018

Polis: Kopi durian sah kandungi dadah

anuarGEORGE TOWN: Polis mengesahkan terdapat dadah dalam ujian air kencing dan darah 2 lelaki Nepal mengalami gejala letih dan lemah teruk selepas meminum kopi pracampuran perisa durian.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata hasil ujian Jabatan Kimia mendapati darah dan air kencing 2 pengawal keselamatan yang meminum kopi diperoleh secara percuma itu mengandungi dadah jenis saintifik.
“Kami sudah terima laporan Jabatan Kimia lewat petang ini dan berdasarkan ujian dijalankan memang sah terdapat kandungan dadah saintifik yang jenisnya memang ada di pasaran namun jarang digunakan (penagih dadah).Dadah itu memang memberi kesan seperti dialami mereka yang minum kopi berkenaan iaitu tidak sedar diri dan letih serta lemah teruk. Polis juga masih menunggu laporan kimia mangsa lain dan dipercayai akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Isu kopi itu mula mendapat perhatian apabila 3 lelaki dan 2 wanita mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah mengalami gejala letih dan lemah teruk selepas mendakwa meminum kopi berperisa durian diperoleh secara percuma daripada orang tidak dikenali.
Selepas itu, 2 lagi lelaki dimasukkan ke HPP kerana mengalami gejala sama selepas minum kopi pracampuran putih dikeluarkan syarikat sama dengan kopi durian berkenaan. Ujian awal mendapati kedua-dua kopi itu dipercayai dicampur dadah.
 
Copyright © 2014 PenangKini.