BREAKING NEWS

Monday, 19 February 2018

Program Misi Rakyat Tampilkan Permasalahan Rakyat

Program Misi Rakyat yang bersiaran di saluran Channel W sejak 29 Januari lalu memaparkan kisah-kisah dan permasalahan rakyat sempena dengan pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Program Misi Rakyat ini yang diacarakan oleh Juliana Ramle, 30, bertujuan untuk menjelajah ke seluruh negeri di Malaysia bagi memantau dan meninjau masalah yang dihadapi oleh rakyat dan masyarakat setempat.
Penerbit Eksekutif Misi Rakyat, Saifulnizam Mohd Lizah, 45, berkata, Misi Rakyat sebagai saluran yang mampu memberikan peluang kepada rakyat untuk mengetengahkan sebarang isu-isu dan masalah-masalah.
Selain itu, program Misi Rakyat turut membantu pihak berkuasa untuk mendapatkankan maklumat dan menyelesaikan masalah rakyat dalam kadar masa yang singkat dan lebih terperinci.
“Apa bila sesuatu isu itu mendapat penyelesaian, itu yang membuatkan saya dan skuad saya rasa sangat puas hati,” kata Saifulnizam kepada pemberita.
Siri program ini bermula dengan memaparkan pelbagai informasi dari semua aspek termasuk pendidikan.
Ia juga memberikan maklumat mengenai pengetahuan dan informasi asas mengenai proses pilihan raya.
Channel W adalah satu jenama stesen televisen di bawah Unifi TV milik Telekom Malaysia (TM).
Feldavoice
 
Copyright © 2014 PenangKini.