BREAKING NEWS

Tuesday, 13 February 2018

#ProjekTerowongDasarLaut Lim Hock Seng & Dr. P. Ramasamy Antara Dua Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang Dipanggil SPRM


PULAU PINANG 13 Feb. - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pagi ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan projek terowong dasar laut.

Hock Seng tiba di ibu pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira pukul 10 pagi dan masih memberi keterangan setakat pukul 1 petang tadi.

Sementara itu, difahamkan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P Ramasamy juga akan hadir memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes sama pukul 9 pagi esok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya memanggil dua Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk diambil keterangan namun enggan mengulas lanjut.

Ditanya sama ada lebih ramai akan dipanggil selepas ini, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada keterangan yang diperoleh pihaknya daripada dua Exco berkenaan.

SPRM ketika ini sedang menyiasat isu projek terowong dasar laut selepas menerima laporan kemungkinan terdapat unsur salah guna kuasa dan penyelewengan dalam projek mega bernilai lebih RM6 bilion tersebut. – UTUSAN ONLINE


 
Copyright © 2014 PenangKini.