BREAKING NEWS

Monday, 5 February 2018

PRU-14 PAS Sah Bertanding di Parlimen Permatang Pauh



Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan Pas tetap akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan berazam tinggi untuk menawan semula kerusi berkenaan dalam Pilihanraya Umum ke-14.

Katanya, kerusi berkenaan pernah dipegang wakil rakyat Pas, Zabidi Ali sebelum dimenangi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1982.

Selepas memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat dan PKR, Datuk Seri Hadi menegaskan sudah tiba masanya bagi Pas menebus semula kerusi itu.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Amanat Presiden Pas di Kubang Semang, Permatang Pauh malam tadi yang dihadiri 5,000 orang.

Beliau juga mengesahkan Pas akan bertanding dalam tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Salah satunya, DUN Permatang Pasir yang merupakan satu-satunya kerusi milik Pas dalam jumlah 40 DUN di Pulau Pinang.
 
Copyright © 2014 PenangKini.